suria

Komplikasi darah beku punca lelaki muda tanpa penyakit kronik korban ke-106 Covid-19 - Dr Noor Hisham

Kes kematian ke-106 tidak mempunyai sejarah penyakit kronik.

TIADA penyakit kencing manis atau darah tinggi. Itulah sejarah kematian ke-106 akibat Covid-19 pada Selasa apabila kes berkenaan tidak menghidapi sebarang penyakit kronik sehingga menimbulkan tanda-tanya ramai.

Susulan itu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tampil menjelaskan kematian lelaki berusia 47 tahun itu adalah disebabkan komplikasi.

“Memang dia tak ada latar belakang penyakit Covid-19 yang lain contoh kencing manis dan darah tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: 30 kes baharu positif Covid-19, lelaki usia 47 tahun korban terbaharu

“Tapi kes ini dikesan di hospital swasta dan kemudian dirujuk ke Hospital Sungai Buloh. Pesakit itu tenat dalam kategori empat.

“Sehari selepas itu dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Apa yang berlaku, kematian tersebut adalah daripada komplikasi. Komplikasi bukan hanya radang paru-paru tapi komplikasi dalam darah pesakit tersebut, ” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, apabila virus masuk ke dalam tubuh, respons daripada tubuh bertindak mengeluarkan bahan-bahan kimia.

“Ini juga menjadikan darah itu pekat. Bila darah pekat jadi ia membeku dengan cepat. Virus itu juga akan serang dinding saluran darah.

“Bila serang dinding darah dan luka jadilah tombrosis atau pembekuan darah. Selama 46 hari dalam ICU, aliran darah dah diperlahankan.

“Jadi pesakit dapat pembekuan darah yang besar. Inilah komplikasi. Dia juga mengalami pembekuan dalam saluran darah buah pinggang, menyebabkan multi organ failure, ” katanya.

Malah jelasnya lagi, itulah juga beberapa komplikasi yang telah dimaklumkan di peringkat global.

“Jadi mereka yang berusia muda pun boleh dijangkiti virus dan boleh mengalami komplikasi sedemikian, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain