Tip tiru suara Doraemon pujuk pasangan semasa PKP dikritik, JPW mohon maaf

Tip meniru suara Doraemon menerusi hebahan KPWKM mendapat kritikan ramai. Gambar hiasan/Foto LIM CHENG KIAT/The Star

GARA-gara berkongsi tip agar kaum wanita meniru suara watak kartun, Doraemon bagi memujuk pasangan demi kebahagian rumah tangga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dikritik.

Selain dijadikan bahan lucu, rata-rata turut menyifatkan perkongsian tersebut tidak sensitif terhadap golongan wanita.

Susulan itu, Jabatan Pembangunan Wanita tampil membuat permohonan maaf.

Hebahan yang mencetuskan pelbagai kritikan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Saidatu Akhma Hassan berkata, pihaknya mengambil maklum respons banyak pihak berhubung beberapa tip untuk wanita yang dipromosikan dalam tempoh PKP menerusi poster-poster yang disiarkan di media sosial jabatan itu.

"Pendekatan yang digunakan adalah untuk berkongsi kaedah dan amalan untuk mengekalkan hubungan yang positif dalam keluarga dan ketika menjalani fasa bekerja dari rumah. 

"Pihak kami memohon maaf sekiranya beberapa tip yang dikongsikan tidak bersesuaian dan menyentuh sensitiviti golongan tertentu serta akan lebih berhati-hati pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan.

Saidatu menjelaskan bahawa hebahan tip harian dan mesej positif dalam media sosial dengan kempen #wanitacegahcovid19 merangkumi pelbagai tema dengan matlamat untuk berkongsi maklumat kepada golongan wanita.  

Antara lain saranan KPWKM buat wanita sepanjang tempoh PKP.

KPWKM menerusi satu hebahan di media sosial rasminya untuk mengelakkan pergaduhan suami isteri di rumah, antara lain mencadangkan isteri supaya tidak berleter.

"Jika melihat pasangan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kehendak kita, elakkan dari berleter – gunakan perkataan humorous seperti 'cara sidai baju macam ni lah sayangku' (tiru nada Doraemon dan diikuti dengan gelak manja)," menurut hebahan tersebut.

Hebahan lain turut menggesa wanita yang terpaksa bekerja dari rumah supaya berhias seperti hendak ke pejabat termasuk mengenakan solekan.

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain