suria

“You are all idiots!” – Wanita diheret ke balai selepas maki polis

Seorang wanita (kiri) dibawa ke balai polis selepas memaki hamun anggota polis yang menjalankan sekatan jalan raya berhubung sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Foto Youtube/The Star

SEORANG pengguna jalan raya ditahan selepas memaki hamun anggota polis yang menjalankan sekatan jalan raya di Kota Damansara, Petaling Jaya, pada Selasa.

Wanita tersebut merupakan antara ratusan pengguna jalan raya yang terkejut apabila polis membuat sekatan jalan raya di Persiaran Surian, sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mereka membuat sekatan jalan raya kerana masih ramai yang memandu jauh dari rumah mereka untuk membeli barang keperluan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak timbul isu beramai-ramai dalam lokap” - SOP lebih ketat, menteri tegaskan rakyat perlu serius patuh PKP fasa 2

ARTIKEL BERKAITAN: Beberapa jalan di Klang ditutup sepenuhnya mulai esok

"Kita dapati segelintir mereka yang tinggal di Kota Damansara tetapi nak beli di pasar di Taman Megah.

"Kita tak boleh terima perkara macam ni. Beli di tempat masing-masing.

"Kita tak terima kecuali kedai tersebut tutup dan kita ada budi bicara," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Seorang wanita dikatakan tidak berpuas hati dengan sekatan jalan raya yang dijalankan oleh pihak polis. Foto Kamarul Ariffin/The Star

Beliau berkata, mereka menahan seorang wanita dalam lingkungan 30-an selepas menengking pada polis semasa melalui sekatan jalan raya.

"Dia jerit 'you are all idiots!'. Kami mungkin 'idiot', tapi kami fikirkan keselamatan anda.

"Kami tahan dia dan bawa dia ke ibu pejabat polis Petaling Jaya untuk siasatan lanjut," katanya.

Nik Ezanee berkata, selain sekatan jalan raya di Persiaran Surian, terdapat 11 sekatan jalan raya dilaksankan di daerah itu. - The Star

idiots, maki, polis, tahan, sekatan jalan raya

Artikel Lain