suria

Rancang pesanan online, tempoh hantar makanan berakhir 8 malam mulai 1 April

Waktu perkhidmatan delivery dihadkan bermula 8 pagi hingga 8 malam sepanjang tempoh PKP Tahap 2.

MULAI 1 April, orang ramai yang sering menggunakan khidmat rider menghantar makanan perlu merancang masa pembelian bagi mengelak timbul sebarang kesulitan.

Perkara itu perlu difikirkan apabila kerajaan menetapkan fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya membenarkan penghantaran makanan beroperasi bermula 8 pagi sehingga pukul 8 malam sahaja, sekaligus bermakna tempoh perkhidmatan rider seperti Food Panda atau Grab Food dipendekkan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kanan yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian Covid-19 pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Topeng muka kini murah 50 sen, harga baharu RM1.50 sekeping

"Standard (kita selaraskan) semua yang jual makanan, keperluan harian dan sebagainya, bermula 8 pagi hingga 8 malam termasuk penghantaran ke rumah.

"Walau bagaimanapun pihak kerajaan menggalakkan supaya orang ramai menggunakan pembelian secara atas talian," ujarnya dalam sidang media harian Covid-19 pada Isnin.

Tambah Ismail, sungguhpun digalakkan melakukan pembelian secara atas talian, kerajaan menasihatkan orang ramai supaya tidak bersemuka dengan pihak yang membuat penghantaran.

"Kita galakan makanan ditinggalkan di luar pagar, kemudian pihak delivery akan menelefon dan tuan rumah keluar selepas penghantar beredar. 

"Kita nak elakkan pertemuan bersemuka supaya kita cuba mengelakkan merebaknya penyakit ini," ujarnya lagi.

Perkhidmatan e-hailing dan teksi dibenarkan beroperasi di antara pukul 6.00 pagi sehingga 10 malam.

Menurut menteri itu, langkah berkenaan bertujuan untuk mempertingkatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 2 yang akan dikuatkuasakan sehingga 14 April.

Sementara itu, menurut Ismail, perkhidmatan e-hailing dan teksi hanya dibenarkan beroperasi di antara pukul 6.00 pagi sehingga 10 malam.

"Teksi dan e-hailing dibenarkan beroperasi antara pukul 6 pagi sehingga 10 malam, termasuk kenderaan persendirian," katanya.

Manakala waktu operasi pengangkutan awam dikekalkan untuk dibenarkan beroperasi dari pukul 6.00 pagi hingga 10.00 pagi dan dari 5.00 petang hingga 10 malam.

"Kita faham, ada pekerja yang waktu shif berakhir pukul 8 malam atau 9 malam, dan mereka masih boleh guna kenderaan awam,"ujarnya.

Sementara itu, pengangkutan komersial melibatkan barangan keperluan seperti makanan dan perubatan pula digalakkan beroperasi dari 7.00 malam sehingga 7.00 pagi.

teksi, e-hailing, PKP, Covid-19

Artikel Lain