Konsisten bayar zakat sejak 29 tahun lalu bawa tuah buat pesara kerajaan – “Ingat bulan puasa, ingat zakat” - Semasa | mStar

Konsisten bayar zakat sejak 29 tahun lalu bawa tuah buat pesara kerajaan – “Ingat bulan puasa, ingat zakat”

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff (lima, kanan) bersama 30 pembayar zakat bertuah yang berjaya memenangi hadiah yang ditawarkan sempena kempen YEZ 2019. Foto: Syamimi Zainal/The Star

KONSISTEN membayar zakat sejak 29 tahun yang lalu nyata membawa tuah kepada Shamsiah Hamzah.

Siapa sangka wanita berusia 72 tahun ini terpilih sebagai salah seorang pembayar setia Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang menerima penghargaan daripada institusi zakat itu.

Berkongsi cerita bagaimana dia mampu membayar zakat setiap tahun tanpa culas, Shamsiah yang juga pesara kerajaan ini berkata, dia akan menetapkan masa tertentu untuk mengingatkannya agar tidak lupa menunaikan Rukun Islam ketiga itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk di set drama bukan alasan tak bayar zakat, Michael Ang teruja guna khidmat Zakat Ride2U – “Mereka datang, kita settle... selesai”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai artis tanya macam mana Nabil murah rezeki? Tak abai berzakat rahsianya

“Saya akan selalu tunaikan zakat pada bulan puasa. Ingat bulan puasa, ingat zakat. Dulu semasa masih bekerja, saya akan bayar mengikut waktu yang lapang. Tapi bila dah pencen ni, saya pergi waktu bulan puasa.

“Untuk elak terlupa, saya sarankan kita letak satu tarikh tertentu contohnya tarikh ulang tahun ke, bulan puasa ke... usahlah tunggu sampai 31 Disember. Bayar awal-awal, lebih senang urusan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Hadiah Kempen Year End Zakat (YEZ) 2019, di Wisma PPZ-MAIWP di Kualu Lumpur, pada Rabu.

Shamsiah adalah seorang daripada 30 pemenang bertuah yang  berjaya membawa pulang hadiah yang ditawarkan PPZ-MAIWP berupa baucar membeli belah berniali RM500 dan sijil penghargaan.

Shamsiah menerima sijil penghargaan dan baucar membeli belah bernilai RM500 yang disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan Operasi PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan.

Selain itu, seorang penjawat awam Mohd Izdham Mohd Nasir, 32, pula terpilih sebagai pembayar zakat bertuah yang berjaya membawa pulang hadiah utama berupa pakej menunaikan umrah.

Mengakui masih terkejut dengan penghargaan tersebut, Mohd Idzham berkata dia tidak menyangka rutinnya membayar zakat secara potongan gaji setiap bulan, nyata membuahkan rezeki yang langsung tidak diduga.

Untuk elak terlupa, saya sarankan kita letak satu tarikh tertentu contohnya tarikh ulang tahun ke, bulan puasa ke... usahlah tunggu sampai 31 Disember. Bayar awal-awal, lebih senang urusan.

SHAMSIAH HAMZAH

PEMBAYAR ZAKAT

“Apa yang boleh saya kongsikan kepada semua, buatlah potongan gaji untuk mebayar zakat. Mana yang bekerja, kita dapat rezeki dari tempat kita bekerja... mungkin ada hak orang lain dalam tu.

“Kita nak rasa keberkatan dalam gaji kita, potonglah untuk bayar zakat... kita niat sedekahkan kerana kita tak tahu ada ramai lagi golongan yang memerlukan,” katanya sambil menambah, dia berniat untuk menghadiahkan pakej umrah itu kepada orang tuanya.

Penerima hadiah utama, Mohd Izdham Mohd Nasir menerima pakej umrah bernilai RM7,000 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, penyediaan hadiah tersebut adalah satu bentuk galakan kepada orang ramai untuk mengingatkan orang ramai menunaikan kewajipan sebagai umat Islam.

“Kita adakan hadiah seperti ini juga untuk eratkan hubungan dengan pembayar zakat. Nabi sendiri pun ajar agar saling memberi agar berkasih sayang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Shukri memaklumkan bahawa PPZ-MAIWP akan memperluaskan kaunter pembayaran zakat di kompleks beli belah terbesar di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut Ahmad Shukri, pihaknya kini di peringkat kajian untuk mengenal pasti kompleks beli belah berkenaan sebelum menentukan berapa kaunter akan dibuka.            

zakat , PPZ-MAIWP , pesara , baucar , pakej , umrah

Artikel Sebelum

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain