Pulanglah Jho Low... kami sedia rawat jika kamu dijangkiti Covid-19, kata KPN - Semasa | mStar

Pulanglah Jho Low... kami sedia rawat jika kamu dijangkiti Covid-19, kata KPN

Jho Low.

JHO Low sepatutnya pulang ke Malaysia terutamanya jika dia dijangkiti koronavirus (Covid-19), kata Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Ketua Polis Negara itu dalam nada berseloroh berkata Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho akan menerima rawatan terbaik di sini kerana negara ini penjagaan kesihatan yang baik.

"Kementerian Kesihatan kita adalah yang terbaik... sembilan orang telah disembuhkan setakat ini.

"Oleh itu, kita menasihati dia supaya pulang dan menerima rawatan terbaik jika dijangkiti," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Penggantian Lif di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis Jalan Semarak pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan sama ada terdapat pasukan risikan mengesan Jho LOw meninggalkan lokasi dia bersembunyi (Wuhan) susulan wabak Covid-19.

"Setakat ini tidak ada maklumat menunjukkan seperti itu," katanya.

Abdul Hamid turut mengesahkan Jho Low disenaraikan dibawah Notis Merah INterpol.

"Notis Merah ada dua katergori - satu yang dikongsi dengan orang awam dan satu lagi dikongsi dalam kalangan pihak berkuasa undang-undang," katanya. - The Star

Jho Low , Covid-19 , Notis Merah

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain