Sibuk di set drama bukan alasan tak bayar zakat, Michael Ang teruja guna khidmat Zakat Ride2U – “Mereka datang, kita settle... selesai”

MICHAEL Ang bukan lagi sosok yang perlu diperkenalkan kepada khalayak tanpa mengira latar belakang dan usia.

Sebut sahaja namanya, pasti terlintas akan drama-drama Melayu arahannya yang sering mencetuskan fenomena sehingga mengumpul kelompok peminat tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai artis tanya macam mana Nabil murah rezeki? Tak abai berzakat rahsianya

Sweet Dreams dan Setelah Terlafaznya Akad merupakan antara karya pengarah dan penerbit popular ini yang sehingga ke hari ini meniti di bibir penggemar drama tempatan.

Pendek kata, Michael Ang amat sinonim dengan drama-drama Melayu sungguhpun berbangsa Cina.

Justeru, apabila pengarah berusia 43 tahun ini membuat pengakuan bahawa dirinya sudah memeluk Islam sejak setahun yang lalu, rata-ratanya meluahkan rasa gembira dengan berita penghijrahan tersebut.

Menghargai sambutan positif yang diterima daripada masyarakat, Michael mengakui sebagai seorang saudara baharu, masih banyak yang perlu dipelajari untuk mendalami ajaran Islam, terutama lima tuntutan yang terkandung dalam rukun Islam.

Michael teruja pertama kali membayar zakat menggunakan perkhidmatan Zakat Ride2U ketika
sedang berada di set penggambaran.

“Lima rukun Islam itu… solat tu ok. Saya juga ada dapat tawaran untuk tunaikan haji pada Ramadan lalu, Arab Saudi yang nak ‘sponsor’. Saya terkejut, umrah tak pergi lagi, nak terus pergi haji. Tapi saya berterima kasih atas tawaran itu, bukan kekwat tapi saya tolak sebab saya rasa belum bersedia.

“Saya rasa kalau nak pergi umrah atau haji, saya nak buat apabila saya dah bersedia. Bila tiba masanya untuk saya pergi, saya akan pergi sendiri,” katanya.

Status sebagai mualaf bukan alasan untuk pengarah ini mengabaikan tanggungjawab menunaikan rukun Islam ketiga, iaitu membayar zakat.

Bercerita mengenainya, Michael turut berkongsi pengalamannya menunaikan rukun Islam itu.

“Saya sudah pernah membayar zakat tahun lalu. Tapi kadang-kadang kita yang kena pergi cari orang, nak kena pergi ke sana dan ke sini. Leceh kan... kita pula hari-hari dekat set penggambaran. Ketika bayar masa bulan puasa tu, itupun sebab terserempak... kalau tidak, memang tak ada masa,” katanya.

Justeru kata Michael, dia teruja apabila mengetahui Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyediakan kemudahan terbaharu, Zakat Ride2U, khusus untuk individu yang mempunyai kekangan masa seperti dirinya.

Pertama kali berpeluang menunaikan zakat menerusi kemudahan terbaharu yang disediakan PPZ-MAIWP baru-baru ini, Michael memuji usaha badan kutipan zakat tersebut dalam memudahkan urusan pembayar.

Zakat Ride2U adalah perkhidmatan ‘rider’ dalam kalangan pegawai PPZ-MAIWP untuk menerima bayaran zakat secara lebih privasi seperti di rumah atau pejabat.

Michael tekun mendengar penerangan daripada pegawai PPZ-MAIWP mengenai kemudahan zakat Ride2U.

Ini adalah satu langkah terbaharu yang diperkenalkan pada awal bulan ini dalam usaha memahami kehendak pembayar yang mahukan privasi atau mempunyai kekangan masa untuk ke kaunter pembayaran.

“Kadang kala kita sibuk, jadi dengan perkhidmatan ini, lebih senang mereka datang untuk mudahkan kita bayar zakat. Kalau pergi ke sana (kaunter), kena tunggu ambil nombor, kadang tak tahu berapa jam dihabiskan di sana. Adanya perkhidmatan seperti ini, mereka datang, kita settle, selesai. Itu satu benda yang bagus,” ujarnya.

Justeru, pengarah ini turut mengingatkan seluruh umat Islam khususnya agar tidak lupa untuk menunaikan kewajipan masing-masing sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran.

“Bagi saya, benda yang patut dilaksanakan dalam rukun Islam jadi kita buatlah. Nak masuk syurga tak?” ujarnya berseloroh.

Zakat Ride2U adalah perkhidmatan 'rider' dalam kalangan pegawai PPZ-MAIWP untuk menerima bayaran zakat secara lebih privasi seperti di rumah atau pejabat.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat PPZ-MAIWP, Nor Mukshar Harun memuji pendekatan Michael yang tetap tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk membayar zakat sungguhpun mempunyai kekangan masa.

“Walaupun baru memeluk Islam tapi beliau cuba untuk melaksanakan semua rukun Islam yang lima. Zakat ialah rukun Islam ketiga dan beliau sendiri mengaku, mungkin agak sukar dengan situasi pekerjaan beliau untuk membayar zakat tapi Alhamdulillah hari ini dengan servis yang kami sediakan ia sangat membantu beliau.

“Dan beliau sendiri teruja apabila dimaklumkan tentang servis Zakat Ride2U yang kami sediakan dan akhirnya beliau mendapatkan perkhidmatan kami dan membuat bayaran zakat beliau.

“Satu kebanggaan bagi kami apabila seorang ‘public figure’ dan orang yang baru memeluk Islam, beliau telah menggunakan perkhidmatan kami untuk membayar zakat.

“Dan saya nak tekankan di sini ialah kami di PPZ-MAIWP cukup mengambil berat tentang apa sahaja kemudahan yang boleh membantu masyarakat Islam khususnya di Kuala Lumpur untuk menunaikan zakat,”ujarnya.

Nor Mukshar dalam masa yang sama turut meminta umat Islam agar tidak melengahkan bayaran zakat sebelum akhir bulan ini.

“Segera bayar zakat, segera datang ke kaunter zakat.. kalau ada nak tanya, nak semak bayaran zakat sama ada cukup atau tidak, buat segera sekarang. Kalau tak boleh datang kaunter, buat secara digital di pautan www.zakat.my. Kami menyediakan segala kemudahan untuk membayar zakat. Pastikan anda menunaikan zakat sebelum 31 disember 2019,” ujarnya lagi.

Konsep Zakat Ride2U adalah seperti Foodpanda atau Grab Food tetapi 'rider' adalah pegawai PPZ-MAIWP.

Dengan moto ‘Dekat Sentiasa’, Zakat Ride2U yang berperanan sebagai kaunter zakat bergerak, merupakan perkhidmatan khas kepada pembayar yang inginkan layanan secara personal tetapi tidak mempunyai masa untuk ke kaunter tetap.

Bagi yang ingin menggunakan Zakat Ride2U, berikut merupakan informasi mengenai perkhidmatan khas ini:

VAN (KAUNTER ZAKAT BERGERAK):

*Lebih fokus kepada pejabat / syarikat / premis / pusat beli belah.

*Menyediakan perkhidmatan khas Door To Door bagi pembayaran zakat RM10,000 ke atas.

*Terdapat 12 lokasi tetap seperti Jalan Dungun, KL Sentral, RHB Bank Jalan Tun Razak, Bank Muamalat Jalan Melaka, Surau Bangunan Tabung Haji, Surau Menara Bank Islam, Masjid As-Syakirin KLCC, CIMB Setiawangsa, KWSP Wangsa Maju, BSN Jalan Ampang, Taman Melati; Kompleks Islam Putrajaya.

*Pada masa sama pembayar zakat juga berpeluang bersama-sama selebriti di kaunter zakat bergerak yang terpilih dan waktu tertentu.

*Waktu Operasi: 11.00 pagi – 3.00 petang. Pada 31 Disember kaunter zakat bergerak beroperasi sehingga 12 tengah malam tetapi hanya di kaunter Shamelin.

*Untuk Tempahan: Hubungi talian zakat 1-300-88-5757 atau email kepada vanbergerak@zakat.com.my

MOTOSIKAL: RIDE2U

*Konsep seperti Food Panda atau Grab tetapi rider adalah pegawai PPZ-MAIWP sendiri. Merupakan perkhidmatan terkini yang disediakan bagi memberi pilihan kepada pembayar.

*Perkhidmatan ini khas kepada pembayar yang in mendapatkan layanan secara personal tetapi tidak ada masa ke kaunter.

*Pegawai PPZ-MAIWP bersedia ke premis, rumah, pejabat atau di mana sahaja bagi membantu menunaikan zakat.

*Jumlah minimum pembayaran zakat adalah RM5,000.

*Setiap pembayar hendaklah memastikan pegawai yang hadir itu memakai vest khas dan mempunyai kad id PPZ-MAIWP untuk mengelakkan penipuan.

*Waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang dan beroperasi setiap hari sepanjang bulan Disember. Pada 25-31 Disember beroperasi sehingga 9 malam.

*Untuk Tempahan: Hubungi talian zakat 1-300-88-5757

Kaunter zakat disediakan di 10 buah lokasi untuk memudahkan pembayar menunaikan rukun Islam ketiga itu.

Selain itu, terdapat pelbagai saluran lain yang disediakan untuk memudahkan umat Islam menunaikan zakat, antaranya kaunter zakat tetap yang disediakan di 10 lokasi iaitu 7 di Kuala Lumpur, 2 di Putrajaya dan 1 di Labuan.

PPZ-MAIWP turut menyediakan saluran bayaran secara online di www.zakat.com.my selain ejen dilantik di kaunter bank, perbankan internet, pejabat pos, MyEG dan firma-firma audit dan percukaian yang dilantik oleh PPZ-MAIWP.

Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi talian zakat 1-300-88-5757.

Menariknya kempen tahun ini, pembayar zakat berpeluang memenangi hadiah istimewa termasuk pakej umrah, pakej pelancongan, komputer riba selain Anugerah Khas Pembayar Zakat Yang Setia PPZ-MAIWP.

Surah Al-Munafiqun Ayat 10 yang bermaksud:.

“Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh?”.

Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan, kini berzakat bukan lagi alasan. Ayuh jom bayar zakat!

PPZ, PPZ-MAIWP, zakat, Michael Ang, mualaf

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain