Labuhkan tirai 2019 dengan penuh kemanisan - Klik | mStar

Labuhkan tirai 2019 dengan penuh kemanisan

SEKITAR 74 tahun yang lepas, pada 1945, dua saudara ipar berkongsi impian sama untuk mencipta kedai ais krim inovatif yang akan menjadi tempat untuk keluarga dan jiran-jiran berkumpul.

Burt Baskin dan Irv Robbins sama-sama menyukai ais krim dan berkeinginan memberi pelanggan pelbagai perisa yang dihasilkan dengan bahan-bahan berkualiti tinggi dalam suasana yang menyeronokkan.

Kedai ais krim itu berkembang sejak ia dimulakan sehingga 1960-an, ia menjadi empayar ais krim dengan lebih 400 kedai di seluruh Amerika Syarikat.

Pada 1970-an, rangkaian kedai itu menembusi pasaran antarabangsa dengan membuka cawangan di Jepun, Arab Saudi, Korea dan Australia.

Sejak 31 tahun lalu, Baskin-Robbins telah menawarkan peminat ais krim dengan pelbagai perisa yang enak di Malaysia! Ya, sudah 31 tahun.

Sekiranya anda salah seorang peminatnya, anda pastinya mempunyai sherbet kegemaran, yoghurt beku, kek, minuman, sundae atau sekadar ais krim sahaja. Inilah masa yang paling baik untuk anda menikmatinya.

Kedai ais krim itu akan menjengah ulang tahun pada Disember ini, sekali gus menjemput anda meraikannya dengan penuh gaya.

Kali ini anda tidak perlu menunggu hingga 31 Disember untuk menikmati 31 peratus potongan harga. Sebaliknya, ia boleh dinikmati bermula 27 Disember ini dan kegembiraan itu akan berterusan selama lima hari sehingga malam sambutan tahun baharu, 2020. Jadi bolehlah anda buat countdown dengan penuh kemanisan!

Promosi istimewa ini termasuklah 31 peratus untuk semua barang-barang handpakced*, bermakna anda boleh membawa pulang 350g Pint untuk RM23.10, (NP: RM33.50), Quart 700g untuk RM41.05 (NP: RM59.50), Half Gallon untuk RM76.95 (NP: RM111.50) dan potongan nilai RM113.50 (NP: RM164.50) di mana-mana kedai normal Baskin-Robbins Malaysia di seluruh negara.

Dengan kehadiran Krismas, Tahun Baharu 2020 dan Tahun Baharu Cina yang semakin hampir, ini merupakan masa terbaik untuk memberi hadiah buat keluarga anda.

Sekiranya baucar hadiah tidak cukup untuk membangkitkan selera makan, anda pastinya gembira mengetahui Baskin-Robbins kini menawarkan hamper yang sangat manis yang mana ia digelar sebagai Bungkusan Kegembiraan, dilengkapi ais krim atau kek yang tidak akan cair sepanjang perjalanan serta hadiah yang dibungkus rapi dalam bungkusan penuh keseronokan dan elegan.

Sama ada anda meraikan Krismas atau Tahun Baharu Cina atau kedua-duanya, rekabentuk bermusim turut disediakan, menjadikan ia lebih sesuai untuk majlis perayaan.

Malahan, keistimewaan ais krim bermusim juga tersenarai untuk dipilih seperti Merry Mint dan Caramel Chocolate Crunch ke Cotton Candy Wonderland, Pink Lemonade dan Twinberry Cheesecake. Nama-nama ini tentu sahaja sudah membuatkan anda kecur air liur.

Sewaktu promosi istimewa ini, 10 skop Junior akan dijual pada harga RM115, bagi 8 skop biasa pula pada harga RM125, manakala empat Pints pada RM145.

Anda boleh memilih dari tiga reka bentuk pembungkus, Ketupat, Waffle atau ais krim, semuanya berwarna-warni dan menjadikan hadiah anda cukup elegan.

Baskin-Robbins , ais krim

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain