Hebat! 66 program utama mantapkan Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar

Rina bersama para pelajar sekolah dan ibu bapa yang hadir pada Majlis Pelancaran Program Back To School 2020 bersama Yayasan Pelajaran Mara di MRSM Langkawi, 9 Disember lalu. Foto Bernama

KALENDAR 2019 bakal melabuhkan tirai, nampaknya banyak rancangan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) demi kesejahteraan masyarakat di kawasan jauh dari kota.

Taarif kawasan luar bandar umumnya adalah lokasi bergeografi jauh dari kawasan bandar dan mempunyai jumlah penduduk kurang daripada 10,000 serta tidak diwartakan.

Sepanjang tahun ini, KPLB telah menetapkan perancangan tahun 2019 adalah mengikut Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar 2018-2023 yang menggariskan enam teras utama iaitu Prasarana, Ekonomi, Keusahawanan, Modal Insan, Wanita, dan Sistem Penyampaian.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun menjelaskan, sebanyak 66 program utama telah ditetapkan sebagai hala tuju keutamaan Kementerian dan semua agensinya yang membawa impak berkesan untuk penerima manfaat iaitu penduduk luar bandar.

“Slogan ‘Luar Bandar Sejahtera’ bukan hanya menumpukan kepada pembangunan infrastruktur asas semata-mata, tetapi merangkumi pelbagai aspek termasuk memenuhi keperluan sosioekonomi, fizikal, rohani dan sahsiah ke arah mencapai keseimbangan yang holistik, inklusif dan mampan,” katanya.

Rina Harun. Foto Bernama

Komitmen KPLB terhadap Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar 2018-2023 adalah seiring dengan aspirasi di bawah Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 yang telah dilancarkan oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada 27 Jun 2019. 

Berikut diimbas enam teras Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar:

1. Teras 1: Prasarana.

Infrastruktur luar bandar lengkap dan berkualiti.

2. Teras 2: Ekonomi.

Ekonomi luar bandar yang berdaya saing.

3. Teras 3: Keusahawanan.

Pemerkasaan usahawan luar bandar dan mewujudkan sumber pendapatan alternatif.

4. Teras 4: Modal insan.

Masyarakat luar bandar berilmu, mahir dan cemerlang.

5. Teras 5: Wanita.

Memperkasa wanita luar bandar.

6. Teras 6: Sistem penyampaian.

Mengutamakan keperluan rakyat.

STRATEGI KPLB

Bagi prasarana, tumpuan adalah melalui strategi merancakkan pembangunan prasarana luar bandar, meningkatkan akses perhubungan, meluaskan capaian Internet dan melaksanakan projek rintis pengurusan sisa pepejal dan pembentungan di luar bandar.

Rina (tengah) melihat produk biskut cakar ayam yang dijual selepas merasmikan Karnival Memperkasakan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana di Padang Tanjung Rambutan, 17 Disember lalu. Foto Bernama

Kegiatan ekonomi luar bandar seperti pertanian dapat dipertingkatkan menerusi strategi iaitu penambahbaikan mekanisme bantuan, meningkatkan kerjasama strategik dengan sektor swasta, merancakkan ‘Rural Tourism’ atau pelancongan desa yang mampan.

Beralih kepada keusahawanan pula, tumpuan adalah melalui strategi mewujudkan ‘roadmap’ usahawan luar bandar, mewujudkan usahawan luar bandar berteraskan teknologi dan inovasi, dan mempromosikan program-program keusahawanan luar bandar.

Selain itu, KPLB turut melaksanakan teras modal insan dengan melaksanakan strategi iaitu memperluas program latihan Institut Kemajuan Desa (INFRA), menyumbang keperluan tenaga kerja mahir melalui Institut Pendidikan TVET@KPLB, menaik taraf pendidikan Pra-Sekolah KEMAS dan menyesuaikan kemahiran belia dengan perubahan teknologi dan ICT.

Rina beramah mesra bersama kanak-kanak penduduk PPR Jelatek ketika melawat Pusat Internet sempena Program Komuniti Sejahtera anjuran Kemas Wilayah Persekutuan 2019 di PPR Jelatek, Titiwangsa pada 3 November lalu. Foto Bernama

Memperkasa wanita luar bandar juga tidak dilupakan melalui teras wanita dengan melaksanakan strategi seperti mengoptimumkan kapasiti dan kadar guna tenaga wanita, melaksanakan program pembangunan Mesra Wanita dan OKU, dan meningkatkan penglibatan wanita dalam proses membuat keputusan di peringkat komuniti.

Sistem penyampaian turut menjadi teras dalam pelan pembangunan tersebut melalui strategi meningkatkan ketelusan dalam pelaksanaan projek, menggalakkan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO)/swasta/komuniti dalam pembangunan luar bandar serta menumpukan pembangunan kepada daerah termiskin, mundur atau terpinggir.

Rina (tengah) bergambar bersama peserta pada Majlis Perasmian Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar Zon Utara, 13 Oktober lalu. Foto Bernama

Pengumpulan data KPLB juga ditambah baik, menambah baik sistem jaringan sosial bagi golongan mudah miskin luar bandar dan memberi pengiktirafan kepada pemimpian dan komuniti.

Dalam pada itu, Rina berkata, kementerian merangka 66 program yang diberi keutamaan pada tahun 2019 berdasarkan enam teras di bawah Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar.

“Ia meliputi Prasarana (10 program), Ekonomi (lapan program), Keusahawanan (14 program), Modal Insan (sembilan program), Wanita (sembilan program) dan Sistem Penyampaian (16 program).

“Untuk itu, peruntukan sebanyak RM4.889 bilion dimanfaatkan untuk menjayakan sebanyak 609 program/ projek sepanjang tahun ini termasuk 66 program utama,” katanya.

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain