suria

Wow! 66 program utama luar bandar catat kejayaan 95 peratus

(Rina) pada program Karnival Usahawan Desa (KUD).

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) terus memainkan peranannya secara proaktif dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat di luar bandar.

Perancangan tahun 2019 berpandukan Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar 2018-2023 dengan menggariskan sebanyak enam teras utama iaitu Prasarana, Ekonomi, Keusahawanan, Modal Insan, Wanita dan Sistem Penyampaian.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, sehingga 15 Disember 2019, KPLB telah mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) secara keseluruhannya sebanyak 95 peratus.

Rina berkata, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4.889 bilion bagi menjayakan 609 program/ projek pembangunan luar bandar bagi memastikan setiap penduduk luar bandar mendapat manfaatnya, manakala sebanyak 66 program utama telah ditetapkan untuk tahun ini sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) KPLB.

Rina melepaskan sebahagian benih anak ikan air tawar sambil disaksikan para penduduk desa Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) Teluk Berembang pada program pembangunan yang dilaksanakan di Pulau Tuba, Langkawi. Foto Bernama

Daripada 66 program utama itu, sebanyak 10 program di bawah teras prasarana mencatatkan KPI Cemerlang antaranya Jalan Luar Bandar (JALB), Jalan Perhubungan Desa (JPD), Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB).

Selain itu, pencapaian cemerlang turut dilihat menerusi program Naik Taraf dan Pemuliharaan Premis Kemas, Projek Perumahan Mampu Milik, Program Ameniti Sosial (PAMS) dan Projek Pemajuan Kawasan (PPK).

“Sebanyak 10 program teras prasarana membabitkan peruntukan bernilai RM2.733 bilion,” ujar Rina.

Dr Mahathir melihat kek keju di gerai Zowa Cheese Cake semasa melawat tapak Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya 2019 di Presint 3, Putrajaya pada 19 Oktober lalu. Turut hadir, Rina. Foto Bernama

Bagi teras ekonomi, Rina berkata, lapan program berjaya dilaksanakan membabitkan peruntukan sebanyak RM48.48 juta.

Antaranya adalah Agropolitan, Desa Lestari, Pembangunan Belia dan Program Peningkatan Pendapatan (PPP).

Tumpuan pada teras keusahawanan pula melibatkan 14 program yang mencatatkan pencapaian cemerlang, seperti DesaMall@Online, Karnival Usahawan Desa (KUD), Kursus Keusahawanan Rintis, Integpreneur Belia, Agro Desa dan Usahawan Rantaian.

KPLB memperuntukkan sebanyak RM120.43 juta untuk program-program di bawah teras keusahawanan.

Bagi modal insan, lapan daripada sembilan program mencatatkan KPI cemerlang iaitu Diploma Profesional Luar Bandar, Ekspo teknikal dan latihan vokasional TVET@KPLB, Portal@KPLB, kursus induksi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), Skim Pinjaman Pembiayaan Mara, Tabika Transit dan TVET@KPLB.

Program-program di bawah modal insan membabitkan peruntukan RM2.081 bilion.

Sembilan program di bawah teras wanita dengan peruntukan RM8.02 juta juga amat memberansangkan iaitu membabitkan bengkel kemahiran keibubapaan, Botani Desa, kursus kemahiran jangka pendek, program pemerkasaan wanita, pusat aktiviti wanita, wacana ilmu dan pengupayaan wanita.

Pelancaran Tabika Taska Kemas di Negeri Johor.

Bagi teras keenam di bawah sistem penyampaian, sebahagian besar 16 program membabitkan peruntukan RM12.69 juta mencapai kecemerlangan.

“Antaranya adalah Desa Harapan, Kursus Induksi, Program Mesra Rakyat, Program Sahabat KPLB, Dasar Latihan, Program Perkasa Minda Masyarakat, Hari Integriti,” tambah Rina.

Secara keseluruhan, KPLB mencatatkan pencapaian cemerlang dengan 66 KPI pada 2019.

KPLB, Rina Mohd Harun, KPI, luar bandar, KEMAS, KUD

Artikel Lain