Pertunjukan cahaya dan bunyi yang gah! Festival Lampu 2019 bawa pengunjung imbau pencapaian negara - Klik | mStar

Pertunjukan cahaya dan bunyi yang gah! Festival Lampu 2019 bawa pengunjung imbau pencapaian negara

Kontraktor PjH sibuk memberikan sentuhan terkahir terhadap Rumah Melayu yang lengkap dnegan sawah padi, kolam ikan dan reban ayam. -foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/THE STAR.

RUMAH tradisional Melayu (Rumah Melayu) yang terang-benderang menjadi salah satu daripada tarikan utama acara Light and Motion Putrajaya 2019 (Lampu 2019) yang ketujuh.

Acara yang berlangsung di Dataran Putrajaya bermula Sabtu sehingga 31 Disember ini akan menampilkan rumah bersaiz sebenar, lengkap dengan reban ayam, kolam ikan dan sawah padi.

Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH) merupakan pemaju induk dan penggerak di sebalik pentadbiran ini memberikan sokongan terhadap penganjuran Lampu dengan menaja bunga api dan arca-arca bercahaya.

Tahun ini, ia diberi penghormatan untuk mencurahkan kreativiti syarikat dalam reka bentuk rumah.

Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Undang-Undang dan Korporat PJH, Aminah Baba berkata, pihaknya telah membuat keputusan untuk terlibat dengan lebih dekat dalam penganjuran festival ini, yang mana ia berlangsung menjelang tahun baharu 2020.

Aminuddin berkata, orang ramai akan dibawa mengimbau pencapaian negara menerusi acara selama empat hari itu.

"2020 juga sangat penting untuk Putrajaya dan PjH. Kedua-duanya akan meraikan jubli perak, jadi kami memang merancang melakukan sesuatu yang besar dan gah.

"Rumah Melayu hanyalah permulaan kepada banyak program dan projek yang telah dirancang untuk tahun depan, yang mana semuanya direka untuk orang ramai, tak kira warga tempatan mahupun pelancong bersama-sama mengimbas masa lalu, masa kini dan masa depan bandar kita," katanya.

Selaras dengan slogan korporat Oxygenation PjH iaitu 'Breathing Life into Vibrancy', ketua komunikasi korporatnya, Sabariah Mahmod berkata, syarikat itu sentiasa percaya bahawa menyokong penganjuran festival sedemikian mampu mempromosikan pelancongan untuk manfaat ekonomi.

"Sebagaimana hasrat kita untuk membentuk persekitaran yang lebih dinamik, festival mampu menarik orang ramai untuk ke venue ini dan menghidupkan suasana sekitarnya yang mana ia juga bagus untuk memasarkan bandar ini.

"Lampu 2019 merupakan salah satu festival tahunan terbesar di Putrajaya dan tahun ini ia mahu dijadikan sambutan yang terbaik.

"Kami mahu semua orang datang dan menyaksikan pertunjukan cahaya di sini. Saya menggalakkan orang ramai mengambil gambar dan kongsikan di Instagram dengan tanda pagar #RumahMelayuPJH #PJHLampu2019 #PJHOxygenation," kata Sabariah.

Aminah berkata, mereka membuat keputusan melebihkan penglibatan dalam festival ini kerana tahun depan merupakan jubli perak PjH dan Putrajaya.

Tambahnya, orang ramai juga boleh melawat laman Instagram rasmi PjH iaitu @pjhomes_pjh untuk maklumat lanjut berkaitan acara dan promosi.

Tema acara itu pada tahun ini adalah "Beautiful Malaysia". Selain Rumah Melayu, ia juga menampilkan Chinese Street dengan hiasan tanglung dan Indian Street yang dipenuhi ukiran burung merak dan lampu India.

Presiden Putrajaya Corporation (PjC) Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, beliau menjangkakan 1.5 juta pengunjung untuk Lampu 2019.

"Festival lampu ini berbeza berbanding tahun sebelum ini, yang mana ia lebih fokus kepada bentuk geometrik dan imej. Kali ini, lebih banyak maksud pada imej yang kita paparkan.

"Pertunjukan cahaya atau projektor besar yang dipancar pada permukaan Palace of Justice akan menceritakan perkembangan negara sebelum kemerdekaan sehingga hari ini. Seperti mengimbas waktu lalu, orang ramai akan dibawa mengimbau pencapaian negara seperti 'kelahiran' kereta nasional Proton Saga dan kemenangan Piala Thomas pada 1992," kata Aminuddin.

The Palace of Justice 'dihidupkan' menjadi skrin gergasi untuk pancaran pemetaan cahaya.

Jelasnya, ada lapan segmen atau cerita yang dipaparkan selama lima ke tujuh minit setiap satu dan akan dimainkan secara berkala lengkap dengan sistem audio bunyi sekeliling. Kualiti persembahan ini sudah ditingkatkan berbanding tahun sebelumnya.

"Waktu terbaik untuk datang adalah pukul 8.30 malam ke atas. Aktiviti dan persembahan akan berterusan sehingga 12.30 pagi.

"Planetarium juga ada, dan dengan bayaran masuk yang rendah, pelawat boleh melihat pancaran pemetaan dengan sudut pandang 360 darjah, dan bunyi tiga set video dimainkan berterusan. Sepuluh arca bercahaya juga akan ditampilkan untuk anda menjamu mata.

"Acara-acara sampingan seperti persembahan artis seniman jalanan dan buskers, kawad senyap, persembahan kebudayaan seperti Wayang Kulit dan Bhangra, teater terbuka dan arked permainan," kata Aminuddin.

Pengunjung juga pasti tak sabar untuk melihat paparan piroteknik pada pelancaran itu, bunga api serta bunga api digital pada tengah malam 31 Disember sebelum masuk ke tahun baharu.

Pengunjung Lampu 2019 akan dapat melihat pokok dan tumbuh-tumbuhan dihiasi lampu berwarna-warni.

"Terdapat banyak trak dan gerai makanan. Ia akan menjadi hari yang menyeronokkan untuk keluarga dan kemasukan adalah percuma. Ini pastinya akan menjadi salah satu pertunjukan cahaya terbaik, setidak-tidaknya di negara ini," katanya.

Timbalan Presiden PjC untuk perancangan bandar, Datuk Fadlun Mak Ujud berkata, terdapat banyak elemen kejutan menjelang acara itu.

"Saya tak akan nyatakan dengan lanjut tapi akan ada banyak peluang untuk swafoto pengunjung dipancarkan pada layar gergasi.

"Tak semua pancaran gergasi akan dipersembahkan pada hari pertama. Kami akan memaparkan ia secara berperingkat selama empat hari. Jadi mereka akan ada sesuatu yang baharu setiap hari.

"Ada 24 ruang parkir yang menampung sehingga 10,000 kenderaan dalam jarak berjalan kaki ke lokasi dan akan ada juga khidmat shuttle percuma dari Putrajaya Sentral," katanya.

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain