Anggap kemenangan 2 negara, rakyat Filipina hantar mesej sokongan buat Miss Malaysia - Semasa | mStar

Anggap kemenangan 2 negara, rakyat Filipina hantar mesej sokongan buat Miss Malaysia

Miss Filipina, Gazani Ganados (kiri) dan Miss Malaysia,Shweta Sekhon (kanan) saling memberi sokongan di Instagram.

PENGANJURAN Miss Universe 2019 mengundang kontroversi apabila kemenangan Miss Malaysia, Shweta Sekhon menerusi kategori Kostum Kebangsaan Terbaik ditarik semula, beberapa jam selepas diumumkan.

Keputusan terbaharu menyaksikan kategori itu dirangkul oleh Miss Filipina, Gazani Ganados.

Biarpun pahit untuk diterima, ramai rakyat Malaysia tampil memberikan sokongan buat Shweta.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia menang 'Kostum Kebangsaan Terbaik' Miss Universe 2019

ARTIKEL BERKAITAN: Kemenangan bertahan 2 jam, Kostum Kebangsaan Terbaik Miss Universe 2019 milik Filipina

Kata mereka, Shweta sudah menjadi juara di mata rakyat Malaysia.

"Sokongan yang saya terima cukup luar biasa," ujar Shweta.

Dalam pada itu, Shweta turut memberi ucapan tahniah buat rakan pesertanya dari Filipina menerusi laman Instagram.

Kemudiannya, Ganadios turut memberi respon sama di laman Instagram sehingga ia mencuri perhatian rakyat negara itu.

Menerusi komen oleh rakyat Filipina di Instagram, mereka menganggap kedua-dua peserta itu merupakan pemenang sebenar.

Shweta menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

Malah, mereka turut memberi sokongan penuh buat Shweta dan Ganados.

"Saya terima keputusan ini. Di mata saya, semua peserta merupakan pemenang.

"Filipina atau Malaysia, tiada beza sebab kita adalah satu," ujar Shweta lagi.

Menerusi pertandingan itu, hos pertandingan Steve Harvey didakwa telah membuat kesilapan dalam mengumumkan Miss Filipina sebagai pemenang apabila Shweta yang berdiri selepas ditemubual memberitahunya; "Bukan Filipina. Ia Malaysia".

Bagaimanapun, penganjur menerusi Twitter menjelaskan Miss Filipina sebagai pemenang dan Shweta membuat andaian sendiri apabila memberitahu dia dari Malaysia dan bukannya Filipina ketika Steve menyebut negara itu sebagai pemenang.

Mengangkat tema, 'A Peranakan Indulgence', kostum rekaan oleh Carven Ong itu diilhamkan daripada warisan masyarakat Peranakan dan tradisi perkahwinan komuniti itu. - The Star.

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain