suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang rakyat Malaysia kritikal selepas cedera dalam letupan gunung berapi di New Zealand

Identiti mangsa yang kritikal masih belum dipastikan.

SEORANG rakyat Malaysia dilaporkan tercedera dalam bencana letusan gunung berapi di White Island, New Zeland pada petang Isnin (waktu tempatan).

Perkara itu disahkan Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada malam Selasa.

Menurut kenyataan itu, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Christchurch.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington masih belum menerima maklumat lanjut berhubung seorang rakyat negara ini yang dilaporkan terkorban dalam bencana itu sebelum ini.

"Warganegara Malaysia yang terjejas atau berada di tempat kejadian adalah disarankan untuk menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington," demikian menurut kenyataan itu.

Artikel Lain