“Jika rakyat tidak mahu dia, itu hal mereka tapi saya akan kotakan janji” - Tun M serah jawatan PM kepada Anwar selepas APEC 2020 - Semasa | mStar

“Jika rakyat tidak mahu dia, itu hal mereka tapi saya akan kotakan janji” - Tun M serah jawatan PM kepada Anwar selepas APEC 2020

Tun Dr Mahathir membuat kenyataan itu menerusi wawancara bersama Reuters. FOTO: Reuters.

ISU mengenai peralihan kuasa Perdana Menteri sudah lama diperkatakan.

Menjadi teka-teka sejak sekian lama, Tun Dr Mahathir Mohammad akhirnya memberi kata putus mengenai hal itu menerusi wawancara terbaharu bersama Reuters.

Kata Dr Mahathir, dia berjanji untuk menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kuala Lumpur yang bakal berlangsung November tahun depan.

Tambahnya lagi, penyerahan kuasa itu akan dilaksanakan meskipun berlaku dakwaan salah laku terbaharu membabitkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Saya berjanji menyerahkan kuasa dan saya akan kotakannya tetapi saya rasa perubahan segera sebelum sidang APEC akan menimbulkan gangguan.

"Setakat yang saya tahu, saya berundur dan menyerahkan kuasa kepadanya. Jika rakyat tidak mahu dia, itu hal mereka tetapi saya akan kotakan janji saya.

"Tidak kira apa tuduhannya, saya sudah berjanji, saya akan kotakan janji saya," katanya.

Ketika ditanya sama ada peralihan kuasa itu berlaku pada Disember 2020, Perdana Menteri bagaimanapun meminta supaya tunggu dan lihat sahaja apabila tiba masanya.

Berdasarkan perjanjian dalam Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Dr Mahathir memberitahu akan melantik Anwar sebagai penggantinya dan perkara itu sering diulang beliau dalam mana-mana sidang akhbar sebelum ini. - Sinar Harian.

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain