Syed Saddiq selamat jalani pembedahan apendisitis

Syed Saddiq dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil. Foto: Bernama

MENTERI Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selamat menjalani pembedahan apendisitis pada pagi Rabu.

Menerusi satu kenyataan media yang dikongsi di laman Twitter rasminya, ia memaklumkan menteri itu berada di dalam keadaan yang stabil.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat pertama kali, Syed Saddiq kongsi gambarnya berkain pelikat bersama arwah Adib – “Siasat dan cari penjenayah sampai ke lubang cacing”

“Alhamdulillah, pembedahan tersebut telah berjaya dan beliau kini dalam keadaan stabil. Kami memohon agar beliau diberikan ruang untuk berehat dalam tempoh pemulihan ini dan tiada pelawat dibenarkan buat seketika waktu,”demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Bagaimanapun kenyataan itu tidak mendedahkan waktu sebenar dan lokasi Syed Saddiq dimasukkan ke hospital.

Terdahulu, Syed Saddiq dilaporkan mengalami kesakitan sejak beberapa hari lalu ketika berada di Filipina bagi memberi sokongan sokongan kepada kontinjen negara pada Sukan SEA ke-30.

Menteri itu dilaporkan terus dimasukkan ke hospital setibanya dari Manila malam Selasa. 

Artikel Lain

Gempar kereta rempuh pagar Masjidil Haram