suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua beradik wanita usia 80, 56 tahun ditemui mati berhampiran pintu dalam rumah terbakar

Dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. FOTO: Twitter BERNAMA.

PILU, begitulah yang dapat menggambarkan nasib dua wanita dipercayai adik beradik apabila mereka meninggal dunia dalam kebakaran pada awal pagi Khamis.

Kejadian di sebuah kediaman di Kampung Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak itu berlaku sekitar pukul 2.15 pagi.

Mangsa dikenali sebagai Aisyah Din, 80, dan Ida, 56, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) ditemui berhampiran pintu utama oleh anggota bomba.

"Setibanya di lokasi kejadian, didapati sebuah rumah sedang terbakar 80 peratus dan hasil maklumat disyaki ada mangsa di dalamnya," katanya.

Menurutnya, operasi memadam dan menyelamat kemudiannya menemui dua wanita berhampiran pintu utama.

"Kedua-duanya telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Ketika kejadian hanya mereka tinggal di rumah berkenaan," katanya.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 1.52 pagi.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada pukul 6.27 pagi. - Sinar Harian.

Aisyah Din, Ida, kebakaran, oku

Artikel Lain