suria

“Satu nahas yang amat tragis” - Saksi kemalangan libat rakyat Malaysia di New Zealand

Lokasi kemalangan dipercayai berlaku.

SALAH seorang saksi kemalangan membabitkan lima rakyat Malaysia ketika melancong ke New Zeland, Lynn Robinson menyifatkan nahas itu sebagai tragedi yang dahsyat.

"Ia satu nahas yang amat tragis," katanya.

Tambah saksi itu lagi, kemalangan berlaku dekat sebuah selekoh tajam yang mana kadar kelajuan di kawasan itu baru sahaja dikurangkan kepada 80 kilometer sejam kerana jumlah kemalangan yang semakin meningkat di situ sejak beberapa dekad lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemalangan kereta dan trak, 3 rakyat Malaysia maut di New Zealand

Memetik laporan Star News, lokasi kemalangan itu merupakan satu-satunya laluan dari utara ke selatan yang membolehkan pemandu memotong kenderaan lain.

"Semua pemandu tahu boleh memotong di laluan itu tapi ia ada titik buta dan memerlukan masa yang tepat untuk melakukannya," katanya.

Menurut laporan Stuff.co.nz yang memetik ketua pasukan peronda lebuh raya Tasman, Grant Andrews sebagai berkata masih terlalu awal untuk menentukan punca kemalangan.

Bomba terpaksa menggunakan alat pemotong untuk mengeluarkan semua mangsa dari kenderaan itu.

Malah katanya, penyiasat kemalangan serius turut berada di lokasi kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.10 petang Jumaat (waktu tempatan).

Dua jentera bomba dari Kaikoura menggunakan alat pemotong untuk mengeluarkan kesemua mangsa dari kenderaan itu.

Ketua Bomba Kaikoura, Ian Walker berkata kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan itu kira-kira pukul 8 malam Jumaat.

Sehingga berita ini dilaporkan tiga mangsa, maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan ini.

Pada masa sama Pengarah Kiwi Concrete, Johnny Francis mengesahkan trak yang terbabit dengan kenderaan dinaiki lima warga Malaysia itu adalah trak milik Road Metal dari cawangan Kaikoura.

Menurut data kemalangan yang dikeluarkan Agensi Pengangkutan NZ, terdapat 11 kemalangan berlaku di jajaran SH1 antara Jalan Station dan Kiwa sejak Januari 2000.

Setakat ini, pada tahun 2019 seramai 315 maut dalam kemalangan jalan raya di New Zealand.

Artikel Lain