Keluarga sepakat kebumi mangsa kemalangan di New Zealand - Semasa | mStar

Keluarga sepakat kebumi mangsa kemalangan di New Zealand

Kakak kepada Allahyarham Dr Rumihati (dari kiri) Taisah, Jeidah dan Zaiton sebak ketika ditemui di rumah keluarga mereka di Kampung Ulu Putatan, Kota Kinabalu pada Sabtu. fotoBERNAMA

KELUARGA kepada tiga beranak yang maut dalam kemalangan di State Highway 1, Kaikoura, New Zealand pada Jumaat sepakat untuk mengebumikan jenazah di negara berkenaan.

Kejadian yang berlaku pada 3.01 petang waktu tempatan itu, telah mengorbankan Dr Rumihati Abd Hamid, suaminya Adnan Jeman, masing-masing berusia 49 tahun dan seorang anak perempuan pasangan itu manakala dua lagi mangsa sedang menerima rawatan lanjut.

Mengesahkan perkara itu, Zaiton, 61, yang merupakan kakak kepada Allahyarham Dr Rumihati berkata abangnya, Othman, kini dalam perjalanan ke New Zealand untuk menguruskan pengebumian.

ARTIKEL BERKAITAN: “Satu nahas yang amat tragis” - Saksi kemalangan libat rakyat Malaysia di New Zealand

ARTIKEL BERKAITAN: Kemalangan kereta dan trak, 3 rakyat Malaysia maut di New Zealand

“Adik saya, suami dan tiga anak perempuannya yang berusia 15, 13 dan 11 tahun bertolak ke New Zealand untuk bercuti pada 2 Disember lepas dan dijangka kembali ke Malaysia pada 17 Disember ini.

Foto disekitar lokasi kemalangan.

“Arwah merupakan anak bongsu daripada lapan beradik dan kali terakhir saya bertemu mereka pada Isnin lepas,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarga itu di Kampung Ulu Putatan, di Kota Kinabalu pada Sabtu.

Zaiton berkata abangnya, Othman yang menerima khabar sedih itu meminta mereka reda kerana kemalangan itu turut mengorbankan seorang anak saudara mereka.

Bagaimanapun, sehingga kini mereka belum dapat mengetahui identiti anak saudara yang terkorban itu.

"Saya ingat hanya adik saya dan suaminya, rupanya anaknya juga tapi siapalah yang terbabit itu, kami tidak tahu," katanya yang tidak dapat menahan tangisan.

Zaiton berkata sebelum bertolak Dr Rumihati meminta mereka mengisi borang pemeriksaan kesihatan dan biasanya mereka akan pergi ke rumahnya yang tinggal berhampiran dengan rumah keluarga mereka, selepas pasangan itu berpindah dua tahun lepas.

katanya lagi, kebiasaannya Dr Rumihati akan bercuti setiap hujung tahun malah arwah juga pernah membawanya bercuti ke Jepun, Beijing dan Hong Kong sebelum ini.

"Anak-anak arwah sangat rapat dengan anak-anak saya sebab saya yang menjaga anak-anaknya," katanya yang menyifatkan arwah seorang yang manja. - BERNAMA

kemalangan , tiga beranak , New Zealand

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain