Raja Permaisuri Agong terima Anugerah Ikon Kraf 2019 di India - Semasa | mStar

Raja Permaisuri Agong terima Anugerah Ikon Kraf 2019 di India

Anugerah itu disampaikan bersempena Minggu Kraf India. FOTO: BERNAMA.

RAJA Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerima Anugerah Ikon Kraf 2019 daripada Majlis Kraf Dunia (WCC) dalam satu majlis di India, Sabtu malam.

Anugerah itu mengiktiraf sumbangan Tunku Azizah dalam memajukan warisan kraf dan kesenian tradisi Malaysia.

"Penyertaan (kraf) baginda memenuhi kriteria juri dengan sangat baik. Kerja seni ini menunjukkan tahap komitmen peribadi yang sangat tinggi dan penglibatan insani,” kata Profesor Aftab Gharda, anggota juri antarabangsa Anugerah Kraf Antarabangsa Ketiga, kepada Bernama.

Merujuk kepada peranan Tunku Azizah yang melibatkan penghuni penjara dalam kerja kraf, beliau berkata projek baginda membolehkan individu yang mungkin telah hilang arah dalam kehidupan mereka untuk menilai semula kedudukan dan membina semula penghidupan melalui kemahiran baharu.

"Anugerah yang disampaikan kepada baginda sangat bertepatan dan melakar sejarah dalam inisiatif itu, yang memulakan suatu legasi bagi generasi akan datang,” kata Gharda.

Anugerah itu disampaikan bersempena Minggu Kraf India, yang turut mempamerkan persalinan daripada kain tenun Pahang Diraja yang dipakai oleh Tunku Azizah pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Kain tenun itu merupakan sentuhan rekaan yang diilhamkan baginda sendiri menggunakan tanda kebesaran diraja Pahang dan ia ditenun khas oleh penghuni Penjara Penor.

Terdahulu, Tunku Azizah melawat pameran kraf dan berinteraksi dengan pempamer yang mengambil bahagian. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut