Guru nyaris maut dihempap papan tulis ketika sedang mengajar - Semasa | mStar

Guru nyaris maut dihempap papan tulis ketika sedang mengajar

Anggota APM memberi bantuan awal sebelum mangsa dihantar ke hospital.FOTO: Sinar Harian.

SEORANG guru wanita nyaris maut akibat dihempap papan tulis ketika mengajar dalam makmal sebuah sekolah menengah agama di Kuantan, Pahang, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa Radhiah Yusop, 49, tidak sedarkan diri selepas kepalanya dipercayai terhantuk pada meja akibat hentakan papan tulis yang terjatuh itu.

Ekoran kejadian, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke lokasi untuk memberi bantuan kepada mangsa selepas dihubungi pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) berhubung kes kemalangan di tempat kerja.

Pengarah Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 12.04 tengah hari sebelum tiga anggota bergegas ke lokasi bersama ambulans.

“Ketika tiba, anggota terlibat mendapati mangsa tidak sedarkan diri dalam keadaan dihempap papan tulis berkenaan.

“Papan tulis itu terpaksa dialihkan sebelum mangsa dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk rawatan lanjut.

“Difahamkan beberapa pelajar cuba membantu mangsa dengan mengalihkan papan tulis itu tetapi tidak berjaya,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan guru tersebut masih menerima rawatan di hospital berkenaan.- Sinar Harian.

Radhiah Yusop , guru , papan tulis

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain