MMA anjur program kemahiran psikologi berdepan dengan penagih dadah

Program latihan dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada peserta untuk mengawal emosi dan tingkah laku ketika berhadapan dengan pelanggan yang menghadapi masalah psikologi.

PERSATUAN Perubatan Malaysia (MMA) menganjurkan Program Latihan Kemahiran Temuramah Motivasi kepada pengamal perubatan yang mempunyai masalah berdepan pesakit yang mengalami ketagihan dadah.

Program tersebut yang turut dianjurkan bersama syarikat Serene Retreat Sdn Bhd dibuat sebagai memberi kesedaran kepada peserta program untuk mengawal emosi dan tingkah laku ketika berhadapan dengan pelanggan yang menghadapi masalah psikologi.

Pengurus Perhubungan Awam MMA, Serene Retreat Sdn. Bhd, Ahmady Muhammad berkata, program tersebut berlangsung Isnin hingga Rabu ini bertempat di Hotel Qliq di Damansara.

Menurutnya, ia merupakan program berpanjangan dan akan sentiasa diadakan dari semasa ke semasa.

“Sasaran program ini adalah memberi peluang kepada peserta untuk menimba ilmu pengetahuan dari segi persediaan psikologi seseorang yang berminat untuk menimba ilmu psikatrik dan ilmu kaunseling daripada pakar psikologi dari Universiti California, Amerika Syarikat, Profesor Igor Koutsenok,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Jelas Ahmady, menerusi penganjuran program berkenaan ia diharap dapat memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada peserta program mengenai ilmu psikologi dan kaunseling.

Tambahnya, peserta yang mengikuti program selama tiga hari itu terdiri daripada pegawai-pegawai dalam sektor kerajaan seperti Pensyarah IPT, pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Penagih dadah, MMA

Artikel Berikut

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain