Ibu bapa bercerai, dua kanak-kanak didera tiga sekeluarga

Dua kanak-kanak yang dipercayai didera oleh tiga sekeluarga. Foto: Facebook

TIGA sekeluarga ditahan bagi membantu siasatan kes mendera dan memukul dua kanak-kanak masing-masing lelaki dan perempuan berusia tujuh dan lapan tahun di sebuah rumah di Pusat Bandar Puchong, Serdang tengah hari Sabtu.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata bertindak atas laporan yang diterima, polis menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar gas berusia 33 tahun bersama isteri dan anak perempuannya, masing-masing berusia 30 dan 13 tahun.

"Siasatan mendapati kedua-dua mangsa tinggal bersama ketiga-tiga mereka sejak tujuh tahun lalu selepas ditinggalkan ibu bapa mereka yang sudah bercerai. Kedua-dua mangsa mengalami kesan dera hampir di seluruh badan selain dipercayai mengalami kurang zat badan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Serdang. Ismadi berkata pemeriksaan lanjut di rumah menemui satu cota, satu garpu perak dan satu paip getah keras yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa.

Menurutnya permohonan reman untuk ketiga-tiga suspek akan dilakukan Isnin di Mahkamah Petaling Jaya. -Bernama

Dera, dua kanak-kanak, Puchong

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain