Reman Haziq Abdullah akan dibuat jika perlu - Huzir - Semasa | mStar

Reman Haziq Abdullah akan dibuat jika perlu - Huzir

Haziq Abdullah Abdul Aziz.

PERMOHONAN reman Haziq Abdullah Abdul Aziz, individu yang mengaku sebagai lelaki dalam satu video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri, akan dibuat jika perlu kerana siasatan masih berjalan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed.

Beliau berkata siasatan kes itu dijangka selesai pada Sabtu dan Haziq Abdullah akan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Bagaimanapun ia bergantung pada proses siasatan, sekiranya selesai Haziq Abdullah akan diberi jamin tetapi jika siasatan tidak selesai, pasukan saya akan mohon reman.

“Ia akan diaturkan oleh pasukan siasatan bersama Majistret nanti jika perlu,” katanya.

Sementara itu, peguam Haziq, Ramesh Sivakumar ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) memaklumkan anak guamnya kini berada di HKL.

Difahamkan, Haziq Abdullah sedang menjalani pemeriksaan oleh doktor.

Haziq Abdullah, 27, yang dijadual berlepas ke Manila, berdasarkan tiket penerbangannya, ditahan sepasukan pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman bagi membantu siasatan, petang Khamis.

Beliau ditahan ketika berada di Balai Perlepasan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. - BERNAMA

Haziq Abdullah , reman , HKL , video seks

Artikel Sebelum

Haziq dibawa ke IPD Dang Wangi

Artikel Lain