suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Haziq di HKL, dijangka bebas dengan jaminan polis hari ini

Haziq Abdullah ditahan di KLIA kira-kira pukul 5.30 petang Jumaat.

HAZIQ Abdullah Abdul Aziz yang mendakwa dirinya sebagai salah seorang individu dalam video lucah tular dijangka bebas dengan jaminan polis pada Sabtu (15 Jun).

Peguamnya, Ramesh Sivakumar berkata, dia dimaklumkan oleh pegawai penyiasat (IO) Asst Supt Khairul bahawa Haziq yang ditahan pada Jumaat telah dibawa ke balai polis Batu 9 Cheras, Kuala Lumpur.

Dia kini berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Menurut IO dia tidak akan direman dan akan diberi jaminan polis," ujarnya sewaktu dihubungi.

Pada Jumaat, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan Haziq ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Berdasarkan tiket, dia dalam perjalanan untuk ke Manila, Filipina.

Difahamkan Haziq ditahan di KLIA kira-kira pukul 5.30 petang Jumaat. - The Star.

Artikel Lain