suria

Pengasas Dnars terkorban dalam perjalanan sampaikan sumbangan ke tahfiz Pattani

Faziani meninggal dunia dalam kemalangan di Pattani, Thailand pada Sabtu.

USAHAWAN kosmetik, Faziani Rohban Ahmad, 40, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand pada pagi Sabtu.

Rakan baik Faziani, Natasha Maria Akhmad berkata, kejadian berlaku membabitkan sebuah lori dan kereta yang dinaiki pengasas produk kesihatan dan kecantikan Dnars itu.

Natasha yang mengenali Faziani lebih 12 tahun dimaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi Sabtu waktu Malaysia.

“Kemalangan berlaku semasa Faziani dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi memberikan sumbangan. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian.

“Suami Faziani, Ahmad Shah Rizal Ibrahim turut terlibat dalam kemalangan tetapi hanya mengalami kecederaan dan beliau yang memaklumkan kepada saya mengenai berita sedih ini,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Arwah sering beri sokongan, kali terakhir jumpa di majlis berinai” - Fasha Sandha ucap takziah pemergian pengasas Dnars

ARTIKEL BERKAITAN: Jutawan Kosmetik Pilu Kenang Nasib Bayi Terbuang

ARTIKEL BERKAITAN: “Tanpa malu saya jaja sana sini nak bagi anak-anak makan”, usahawan menangis kenangkan kereta suka duka ditemui semula

Kereta yang dinaiki Faziani terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Pattani, Thailand. Sumber Facebook

"Suami Faziani dibawa ke Hospital Pattani dan urusan untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia sedang dijalankan," katanya dengan nada sebak.

Faziani yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan juga merupakan penaja utama Anugerah Pilihan Online (APO) yang dianjurkan mStar pada 2016.

Keadaan kereta yang remuk. Sumber Facebook

Berita tersebut turut disahkan oleh anak Allahyarham Faziani, Iqbar Hakim menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya pada tengah hari Sabtu. 

"Saya baru saja selepas kehilangan bonda kesayangan saya disebabkan kemalangan.

"Kepada semua, sedekahkan Al-Fatihah kepada mami, Faziani Rohban Ahmad, semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman," katanya.

Malah, video anak Allahyarham turut mengundang sebak selebriti tempatan antaranya Wak Doyok, Nadia Brian, Datuk Seri Vida, Lisdawati dan Hafiz Hamidun.

Dnars, Faziani Rohban Ahmad

Artikel Lain