Ganjaran RM10,000 menanti individu yang ada maklumat penyerang wanita dalam lif - Semasa | mStar

Ganjaran RM10,000 menanti individu yang ada maklumat penyerang wanita dalam lif

GANJARAN sebanyak RM10,000 ditawarkan kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang individu yang menyerang seorang wanita di dalam lif di sebuah stesen MRT di Cheras.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng (gambar) berkata dalam satu kenyataan pada Ahad bahawa pejabatnya menawarkan hadiah bernilai RM10,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa dibelasah berulang kali... suspek samun kini diburu!

"Polis belum mengenal pasti penyerang itu. Diharapkan tawaran tunai tersebut akan membawa kepada penangkapan suspek tersebut dengan segera.

"Ketakutan terbesar saya adalah jika dia tidak ditangkap dalam masa terdekat, tindakannya boleh mempengaruhi penjahat lain untuk melakukan jenayah sama, atau di penjuru di seluruh negara," kata Lip Eng.

Sebelum ini, sebuah video tular menunjukkan seorang lelaki yang menyamun dan membelasah seorang wanita berusia 48 tahun di dalam lif di sebuah stesen MRT di Cheras, membangkitkan kemarahan orang ramai.

Insiden yang berlaku pada Khamis lalu, dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Video tersebut menunjukkan suspek berulang kali menumbuk dan menendang mangsa. - The Star

Lip Eng