Mangsa dibelasah berulang kali... suspek samun kini diburu! - Semasa | mStar

Mangsa dibelasah berulang kali... suspek samun kini diburu!

SEBUAH video tular menunjukkan seorang lelakin yang menyamun dan membelasah seorang wanita berusia 48 tahun di dalam lif di sebuah stesen MRT di Cheras, membangkitkan kemarahan orang ramai.

Insiden yang berlaku pada Khamis lalu, dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Video tersebut menunjukkan suspek berulang kali menumbuk dan menendang mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, suspek mengalami beberapa kecederaan di badan dan lebam di dahi dalam insiden serangan yang berlaku di stesen MRT Taman Mutiara di Cheras, pada kira-kira pukul 6.45 pagi Khamis.

"Mangsa menerima rawatan pesakit luar di hospital berdekatan," katanya ketika dihubungi.

Beliau menambah, suspek melarikan diri bersama MyKad, kad ATM dan wang tunai RM400 milik mangsa.

"Kita masih menjejaki suspek. Setakat ini, kita merakamkan keterangan daripada tiga saksi," katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kecederaan dan melakukan rompakan.

Rusdi menggesa mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya segera menghubungi balai polis berdekatan. - The Star

Video di bawah mengandungi beberapa unsur ganas berhubung kejadian. Anda dinasihatkan untuk tidak menontonnya sekiranya mengganggu, mahupun meniru aksi tersebut.