suria

Sah! Empat penjuru PRK Semenyih

PRK DUN Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru antara (dari kiri) Nik Aziz Afiq, Muhammad Aiman, Kuan Chee Heng dan Zakaria di Pusat Penaman Calon PRK Semenyih, Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang di Kajang, pada Sabtu. Foto AZHAR MAHFOF

SAH! Pilihan raya kecil (PRK) Semenyih menyaksikan pertembungan empat penjuru dengan Barisan Nasional (BN), Parti Sosialis Malaysia dan calon bebas, Kuan Chee Heng mencabar calon Pakatan Harapan (PH).

Pegawai Pengurus PRK Semenyih, Datuk Mohd Sayuthi Bakar membuat pengumuman pada pukul 10.25 pagi Sabtu bahawa tiada kertas pencalonan yang ditolak.

PH akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 menerusi calon berusia 30 tahun, Muhammad Aiman Zainali, yang merupakan bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahagian Hulu Langat.

Calon BN, Zakaria Hanafi, 58, merupakan pengerusi tetap Umno cawangan Kampung Sesapan Kelubi.

Calon PSM pula adalah Nik Aziz Afiq Abdul berusia 25 tahun dan pencabar lain bagi Muhammad Aiman adalah Chee Heng.

Pengundian awal ditetapkan 26 Februari manakala pengundian 2 Mac.

Kerusi DUN Semenyih kosong berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Pada PRU-14, Allahyarham Bakhtiar memperoleh 23,428 undi sekali gus mengetepikan Datuk Johan Abdul Aziz daripada BN, Mad Shahmidur Mat Kosim (PAS) dan S. Arutchelvan (PSM). Bakhtiar menang dengan majoriti 8,964 undi. - The Star


Artikel Berikut

Artikel Lain