suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagi mangsa dihempap tiang, bumbung meninggal dunia

Beberapa tiang dan kerangka bumbung sebuah kilang yang sedang dibina runtuh di Bukit Mertajam, Jumaat. Foto Bernama

SEORANG pekerja warga Myanmar yang dilaporkan cedera parah selepas dihempap beberapa tiang dan kerangka bumbung kilang yang sedang dalam pembinaan di Bukit Mertajam di Pulau Pinang, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata mangsa Amir Udin Abol Kasim, 20, disahkan meninggal dunia pada pukul 6.20 petang Jumaat.

Beliau berkata, kematian Amir Udin menjadikan jumlah korban dalam kejadian itu meningkat kepada tiga orang selepas dua lagi pekerja sebelum ini dilaporkan maut di tempat kejadian di Lorong Perusahaan Maju 8 di Bukit Mertajam kira-kira pukul 4.40 petang.

Mangsa-mangsa yang dilaporkan maut sebelum ini ialah P. Kumar, 46, penduduk tempatan dan pemandu kren warga Myanmar, Rofi Khan, 32.

“Siasatan setakat ini menunjukkan kren dipandu Rofi terlanggar salah sebuah tiang yang didirikan sebelum ia mengenai tiang-tiang lain dan menyebabkan bumbung runtuh  menghempap mangsa dan empat orang pekerja lain,” kata Nik Ros Azhan. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain