suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syed Saddiq dakwa kena 'headlock', tapi Papagomo kata cuma peluk dengan lembut

WALAUPUN proses penamaan calon berjalan dengan cepat dan lancar, beberapa insiden kurang menyenangkan telah merosakkan suasana di Pusat Penamaan Calon di Semenyih, Selangor.

Tidak lama selepas empat calon pilihan raya kecil (PRK) Semenyih diumumkan, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa beliau hampir diserang oleh penyokong Barisan Nasional (BN) ketika meninggalkan pusat penamaan pada pukul 11.05 pagi Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq dakwa nyaris diserang selepas penamaan calon PRK Semenyih

Beliau kemudian membuat laporan polis di balai polis Sungai Way.

Syed Saddiq mendakwa ahli exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris yang lebih dikenali sebagai Papagomo mengepungnya dari laluan berbeza dan mengepit kepala beliau (headlock).

"Saya berjalan ke kereta saya bersama tiga orang lagi, ketika kejadian itu berlaku.

"Pada mulanya, penyokong Barisan hanya mengejek saya, jadi saya tidak menghiraukan yang mereka katakan dan teruskan berjalan," kata Syed Saddiq.

Menteri Belia dan Sukan berkata, anggota polis berdekatan berjaya mengawal keadaan daripada menjadi lebih serius.

Bagaimanapun, Wan Muhammad Azri menyangkal dakwaan ahli Parlimen Muar tersebut menerusi posting terbaharunya di Facebook.

"Saya tak cekak dengan aksi ganas pun tadi YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tu, Boss.

"Saya peluk dia dengan lembut untuk selamatkan dia dari kekecohan.

"Tak sangka YB Menteri menipu macam tu sekali. Siap kata Saya ugut dia pulak.

"Saya just (hanya) cakap “Kau ni bodoh lah bro”. Takkan cakap Bodoh kira ugutan?," tulisnya pada catatan tersebut.

PRK Semenyih, Syed Saddiq, Papagomo

Artikel Lain