suria

Tun M akui kerajaan akan tumbang jika gagal kotakan janji

Dr Mahathir (dua dari kiri) ketika hadir pada Festival Demokrasi Kuala Lumpur 2019.

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mana-mana kerajaan akan tumbang jika gagal mengotakan janji yang dibuat kepada rakyat.

Beliau berkata keadaan ini juga akan berlaku kepada kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) selepas mengambil alih pemerintahan negara daripada Barisan Nasional (BN) berikutan kemenangan gabungan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

ARTIKEL BERKAITAN: Hadi beritahu Tun M, “PAS tidak akan sokong Umno”

“Rakyat telah memutuskan bahawa sekarang adalah masa untuk pembangkang mengambil alih kuasa dan pembangkang telah membuat banyak janji. 

"Jadi sekarang negara sedang memerhatikan kerajaan pembangkang ini melaksanakan janji-janji itu.

“Tetapi malangnya mereka (PH) mendapati diri mereka tidak dapat melaksanakan banyak janji mereka. 

"Jadi, kini bermula pusingan seterusnya untuk memperlekehkan kerajaan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada perasmian Festival Demokrasi Kuala Lumpur 2019 di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Festival lima hari itu dianjurkan oleh Gerakan Pembaharuan Untuk Asia Tenggara (FORSEA).

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari. - Bernama

Mahathir Mohamad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain