suria

“Kami dapat berita Farhana dah ditemui” - Adik

Nur Farhana Ibrahim.

PETALING JAYA: Selepas dilaporkan hilang sejak Isnin lau, Ustazah Nur Farhana Ibrahim akhirnya telah ditemui pada Khamis.

Adik lelaki Nur Farhana iaitu Muhammad Tarmizi mengesahkan perkara itu kepada mStar Online pada petang Khamis.

Katanya, dia bersama adik-beradik lain dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar selepas abangnya mendapat maklumat daripada pihak polis mengenai penemuan kakaknya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustazah sekolah dikhuatiri hilang

"Kami adik-beradik semua dalam perjalanan ke Kuala Kangsar. Abang saya dapat maklumat ini daripada polis.

"Kami belum pasti keadaan kakak macam mana lagi,” katanya secara ringkas ketika dihubungi.

Memetik laporan Harian Metro, penemuan Nur Farhana yang mengajar Sekolah Kebangsaan Genting di Balik Pulau, Pulau Pinang itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, yang akan memberikan maklumat lanjut mengenainya dalam masa terdekat.

Terdahulu, Nur Farhanan yang berusia 27 tahun itu dikhuatiri hilang selepas tidak hadir mengajar ke sekolah sedangkan keretanya berada di luar kawasan sekolah berkenaan sejak Selasa.

Kehilangan Nur Farhana disedari suaminya selepas ustazah itu tidak pulang ke rumah mereka di Langgar, Kedah pada petang Isnin seperti kebiasaan.

Nur Farhana Ibrahim

Artikel Lain