Lebih 6,400 model Proton Perdana generasi semasa dipanggil balik

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd memanggil balik semua model Proton Perdana generasi semasa, yang melibatkan 6,432 kenderaan.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata langkah memanggil balik itu adalah untuk menggantikan inflator beg udara bahagian penumpang, sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan model Proton Perdana adalah berasaskan Honda Accord, dan kereta yang terlibat dibina dari 2012 hingga akhir Ogos 2018.

Honda Motor Company baru-baru ini mengumumkan panggilan balik Honda Accord untuk menggantikan inflator beg udara penumpang.

Dalam kenyataan hari ini, pembuat kereta itu berkata notis mengenainya akan dihantar kepada pemilik yang terlibat.

“Semua pemilik Proton Perdana akan dimaklumkan dan dinasihatkan untuk menghubungi pusat servis  kami untuk membuat janji temu bagi menggantikan inflator beg udara kereta masing-masing.

“Kereta yang dibina selepas 31 Ogos, 2018, tidak terjejas, Penggantian inflator akan mengambil masa kira-kira sejam, tanpa bayaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Datuk Radzaif Mohamed.

Pelanggan dinasihatkan menghubungi Talian Khidmat Perhubungan Pelanggan di 1-800-888-398 atau e-mel kepada customercare@proton.com untuk pertanyaan dan bantuan.

Khidmat penggantian itu merupakan sebahagian daripada inisiatif global untuk kereta yang menggunakan beg udara Takata.

Semua tindakan adalah mengikut Laporan Maklumat Kerosakan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Lebuh Raya Nasional Amerika yang menetapkan infaltor beg udara penumpang itu diganti.-- Bernama 

Proton Perdana, Takata

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain