Ragut beg penjual tiket loteri... cuma ada tisu tandas, telefon bimbit lama

Loo Beng memegang kayu rotan yang dibawanya ke mana-mana untuk mempertahankan diri.

MELAKA: Nasib malang menimpa dua pencuri yang meragut beg seorang penjual tiket lori, kerana di dalamnya hanya mengandungi tisu tandas dan telefon bimbit lama model Nokia.

Ketika kejadian, mangsa, Poh Loo Beng, 63, dalam perjalanannya untuk sarapan pagi.

Dia kemudian didatangi dua individu yang menunggang motosikal yang bertanyakan arah tempat, di Jalan Kota Laksamana pada pukul 5.30 pagi, 10 Januari lalu.

Penunggang motosikal kemudian secara tiba-tiba cuba untuk meragut begnya dan pergelutan berlaku.

Loo Beng cuba untuk memberitahu pencuri bahawa tiada barang bernilai di dalam beg tersebut, tetapi mereka mengacukan objek tajam meminta beg itu diserahkan.

Loo Beng kemudian terpaksa melepaskan beg tersebut sebelum kedua-dua pencuri melarikan diri.

"Nasib baik kutipan saya tinggal di rumah dan pergi makan sarapan pagi bersama seorang rakan.

"Saya hanya ada beberapa ringgit di dalam poket tetapi tidak diambil," katanya ketika ditemui di sebuah restoran pada Khamis.

Bagaimanapun, Loo Beng agak bimbang kerana dia merasakan pencuri-pencuri tersebut berang apabila hanya menemui tisu tandas dan telefon bimbit lama di dalam begnya.

Dia kini menaiki basikal dengan bersenjatakan rotan semasa menjual tiket loteri pada waktu awal pagi di kedai-kedai makan di sini.

"Saya bimbang kedua-dua mereka mungkin datang balik dan saya hanya ada sedikit wang untuk Tahun Baharu Cina ini," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Low Chee Leong berkata, beliau akan bertemu dengan Loo Beng pada minggu depan untuk menyerahkan cenderahati sempena musim perayaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Datuk Mohd Nor Yhazid Idris berkata, satu petugas khas daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri digerakkan untuk mengenal pasti lokasi panas kes ragut.

Beliau berkata, rondaan dan pengawasan akan dipertingkatkan di ketiga-tiga daerah di negeri itu.

Mohd Nor Yhazid berkata, langkah-langkah itu telah dimulakan meskipun statistik menunjukkan tiada peningkatan dalam kes ragut sejak beberapa minggu lalu. - The Star

loteri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain