suria

Hina Agong, Pemandu pula ambil tindakan terhadap pekerja

Sultan Muhammad V.

PETALING JAYA: Firma perundingan, Pemandu Associates menggantung tugas seorang pekerjanya yang didakwa membuat kenyataan menghina institusi diraja, di media sosial.

Menurut Pemandu, ia memandang serius perkara tersebut, sambil menambah bahawa satu siasatan dalaman dijalankan.

"Kakitangan Pemandu Associates yang terlibat dalam dakwaan memaparkan sebuah tweet berkenaan institusi diraja telah digantung kerja sementara siasatan dalaman dijalankan oleh syarikat," menurut kenyataan ringkas yang dimuat naik di halaman Facebook pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Hina Agong, pekerja Cisco Asean dipecat

Malaysia menyerang halaman Facebook Pemandu dengan paparan skrin berhubung kenyataan yang menghina, dengan menggesa firma itu agar mengambil tindakan terhadap kakitangan yang didakwa.

Pemandu merupakan sektor swasta yang dahulunya dikenali sebagai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan bagi Jabatan Perdana Menteri semasa pentadbiran di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kenyataan itu dibuat pada hari yang sama syarikat Cisco Asean memutuskan untuk memecat seorang pekerjanya kerana menghina Yang di-Pertuan Agong di Facebook, susulan menerima tekanan daripada orang ramai.

Kedua-dua kenyataan menghina tersebut dibuat selepas Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, mengumumkan perletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong pada Ahad lalu. - The Star

Artikel Lain