suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di pangsapuri

Gambar hiasan.

AMPANG JAYA: Seorang bayi perempuan baharu lahir ditemui ditinggalkan di sebuah pangsapuri di Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, bayi tersebut ditemui oleh seorang pengadu yang menghubungi polis kira-kira pukul 1.34 malam.

"Pasukan polis ke tempat kejadian di Bandar Baru Ampang, mendapati bayi perempuan itu masih mempunyai tali pusat.

"Pegawai perubatan mengesahkan bayi berkenaan masih hidup," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan kesihatan.

Hamzah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, kerana meninggalkan dengan niat hendak membuang kanak-kanak berusia kurang daripada 12 tahun. - The Star

Artikel Lain