Racun anjing: "Orang ramai jangan viralkan, siasatan sedang berjalan" - PDRM - Semasa | mStar

Racun anjing: "Orang ramai jangan viralkan, siasatan sedang berjalan" - PDRM

Salah seekor anjing yang mati akibat diracun.

SEREMBAN: Polis Seremban sedang menyiasat punca kematian beberapa ekor anjing di sebuah taman perumahan dekat sini baru-baru ini selepas menerima laporan dari seorang lelaki yang mengesyaki ada individu yang tidak bertanggungjawab meracuni haiwan itu.

Ketua Polis daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh pihaknya menerima laporan dari seorang lelaki yang berumur 50 tahun pada pukul 10.45 malam Sabtu, yang menyatakan seekor anjing peliharaannya ditemui mati di lorong belakang perumahan di Taman Lavendar Heights dekat sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima anjing ditemui mati diracun, dipercayai akibat racun tikus

Beliau berkata dalam laporannya, pengadu memberitahu bahawa pada 28 Dis lepas, dia meninggalkan lima ekor anjing peliharaannya di rumah kawannya yang juga tinggal di kawasan taman perumahan yang sama, dan apabila kembali dua hari kemudian, pengadu mendapati seekor daripada anjingnya hilang.

“Keesokan harinya dia menemui anjingnya mati di lorong belakang rumah,” katanya dalam kenyataan media di sini pada Ahad.

Menurutnya pengadu turut memberitahu banawa antara Selasa dan Jumaat lepas, dia juga ternampak dua ekor anjing mati berdekatan dengan rumahnya, dan mengesyaki ada individu yang tidak bertanggungjawab meracuni anjing-anjing itu.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak viralkan kes ini kerana siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan membunuh atau mencacatkan seseekor haiwan,” kata Thiew. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sah! Maszlee bukan lagi Presiden UIAM

Artikel Lain