suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kayveas akan bertanding di PRK Cameron Highlands

KUALA LUMPUR: Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas (gambar) merancang untuk bertanding sebagai calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands untuk mencetuskan kemeriahan.

Memetik laporan The Star, beliau mendakwa parti itu sudah mempunyai 3,000 undi dalam genggaman.

Kayveas berkata, parti itu telah memutuskan untuk meletakkan beliau kerana mereka kini tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN).

"Kami telah melalui beberapa masa yang sukar dan apabila kami mahu meninggalkan BN, kami ditekan dan diancam, kami kini memutuskan untuk berdiri sendiri dan menikmati kebebasan kami," kata Kayveas.

Kayveas berkata bahawa beliau tidak tahu berapa jumlah ahli PPP buat masa ini dan parti itu bergantung kepada sumbangan derma untuk melakukan kempen di Cameron Highlands.

Kayveas, PRK Cameron Highlands

Artikel Lain