suria

Guan Eng luah empati buat Mat Sabu, "Bukan mudah jadi bapa"

Gambar fail Lim Guan Eng.

GEORGE TOWN: Lim Guan Eng meluahkan empati terhadap Mohamad Sabu selepas anak lelaki Menteri Pertahanan ditahan polis di atas kesalahan berkaitan dadah.

Menteri Kewangan itu berkata, adalah sukar sukar untuk menjadi menteri tetapi kadang-kadang, lebih sukar menjadi ibu bapa.

"Saya menyokong dan memuji keterbukaannya dalam menangani perkara itu.

"Setiap orang adalah tertakluk kepada undang-undang yang sama, saya hanya mahu menunjukkan sokongan saya sebagai bapa," katanya.

Guan Eng turut menggesa supaya keluarga Mohamad Sabu diberikan ruang.

"Saya memahaminya kerana keluarga dan anak-anak saya pernah menjadi sasaran sebelum ini.

"Anak saya juga pernah dituduh merogol seorang rakan sekolah. Ia terbukti palsu," katanya pada sidang media di Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang di sini, Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak positif ganja, Mat Sabu serahkan kepada polis jalankan tugas

Guan Eng berkata, dalam hal tersebut, perkara itu seharusnya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk bertindak mengikut undang-undang.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengesahkan anak lelakinya dtahan polis selepas disyaki positif dadah jenis ganja dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, malam Jumaat.

Menteri Pertahanan itu dalam satu kenyataan mengesahkan anak lelakinya, Ahmad Saiful Islam antara salah seorang yang ditahan dalam serbuan tersebut.

"Susulan penahanan ini, saya dan keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak berdasarkan proses undang-undang sedia ada.

"Anak saya sama seperti anak orang lain juga tertakluk kepada proses undang-undang negara," katanya.

Suspek yang ditahan bersama-sama seorang lagi rakannya berusia 33 tahun merupakan antara 101 individu iaitu 55 wanita dan 46 lelaki yang diperiksa dalam Op Pusat Hiburan, malam Jumaat.

Operasi itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. - The Star

Artikel Lain