suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buruh warga Bangladesh maut lepas jatuh lubang lif

Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa daripada lokasi kemalangan. - Gambar Facebook Aki Amin

LUMUT: Seorang  buruh  warga  Bangladesh  maut  selepas  terjatuh  ke dalam  lubang lif dari tingkat tiga sebuah pangsapuri yang sedang dalam pembinaan, di Seri Manjung di sini pada Isnin.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung, Zabudin Mat Rose berkata  mangsa  berumur 32 tahun itu ditemui tidak bergerak dan dalam keadaan terlentang di dalam lubang di tingkat paling bawah  pangsapuri  berkenaan.

Katanya, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut kira-kira  pukul  4.40  petang  sebelum lapan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.

“Menurut rakan mangsa, mangsa terjatuh dari tingkat tiga dan mayatnya berada di dalam sebuah lubang kira-kira tiga meter dari tingkat paling bawah pangsapuri.

Kita kemudiannya mengeluarkan mangsa menggunakan tali sebelum lelaki berkenaan disahkan  meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zabudin berkata pemeriksaan lanjut mendapati ruangan lif tersebut masih dalam pembinaan  dan  terdapat lif sementara berada di luar pangsapuri yang mempunyai 35 tingkat itu untuk kegunaan pekerja.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya kira-kira  pukul  5.17  petang  Isnin dan  mayat  mangsa  diserahkan  kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

buruh

Artikel Lain