suria

Semua orang berhak sambut perayaan masing-masing - Permaisuri Johor

PETALING JAYA: Setiap orang berhak untuk meraikan cuti perayaan masing-masing, titah Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah (gambar).

"Tuanku Sultan Johor (Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar), keluarga, dan saya ingin mengucapkan kepada semua yang merayakan Krismas untuk menikmati detik bermakna dengan keluarga dan rakan-rakan mereka.

"Dan kepada semua rakyat Malaysia, keamanan dan perpaduan," katanya dalam ucapan yang disiarkan di laman web rasmi kerajaan diraja Johor pada Ahad.

"Saya seperti juga suami saya dan pihak keluarga berasa setiap orang berhak untuk meraikan cuti perayaan mereka," kata baginda.

Raja Zarith Sofiah mengimbau kembali kenangan baginda bersekolah asrama di United Kingdom di mana beliau meraikan Krismas bersama-sama rakan sekolahnya yang beragama Kristian dan masih berpegang teguh kepada agama Islam.

"Kenangan itu tiada kaitan dengan agama Kristian, tetapi banyak kepada nilai persahabatan dengan gadis-gadis Inggeris yang menerima saya tanpa mempersoalkan tentang bangsa atau iman saya.

"Saya juga mengingati kenangan menghias pokok Krismas di asrama kami, bukan kerana mereka mahu saya menyimpang daripada kepercayaan sebagai seorang Muslim, tetapi kerana pengetua menganggap saya sebagai salah seorang gadis yang lebih artistik dan kreatif di bawah jagaannya," ujar baginda. - The Star

Raja Permaisuri Johor, Krismas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain