suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga RON95 lebih murah pada bulan depan - Guan Eng

Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia bakal menikmati harga petrol RON95 lebih murah pada bulan depan susulan kejatuhan harga minyak mentah.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan menetapkan harga minyak secara bulanan dan ia hanya akan dilaksanakan pada bulan berikutnya.

"Perubahan dalam harga bahan api pada Disember 2018 hanya akan menyebabkan penurunan harga minyak berlaku pada Januari 2019," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

"Harga runcit baharu akan ditetapkan pada 1 Jan, dan ia akan membolehkan pengguna menikmati kejatuhan harga minyak dunia dengan lebih pantas," katanya.

Menteri kewangan juga mengumumkan bahawa Putrajaya akan kembali ke mengadakan apungan harga secara mingguan untuk harga petrol RON95 mulai 1 Jan dan seterusnya.

Beliau berkata, ini akan membolehkan pengguna mendapat manfaat pengurangan harga minyak lebih cepat. - The Star

harga minyak, RON95

Artikel Lain