suria

Dyana Sofya, Zairil adakan majlis kahwin di Kelab Golf Diraja Perak

IPOH: Ahli Jawatankuasa Sosialis Muda DAP (Dapsy) Kebangsaan, Dyana Sofya Mohd Daud dan exco kerajaan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari akan mengadakan majlis perkahwinan di Kelab Golf Diraja Perak di sini, Ahad.

Majlis tersebut bakal dihadiri oleh beberapa tokoh politik termasuk veteran DAP, Lim Kit Siang.

Kit Siang dijangka akan terlibat dalam "acara merenjis" dengan menyiram air mawar bagi memberkati pasangan itu.

Dyana Sofya, yang juga bekas setiausaha politik Kit Siang, mengesahkan tarikh perkahwinan mereka selepas kad undangan majlis itu yang tertera namanya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah itu, tular di media sosial.

Pasangan tersebut mengikat tali pertunangan di sini, Mac lalu.

Majlis akad nikah diadakan pada Sabtu. - The Star

Artikel Lain