Hasil siasatan dalaman isu penyelewengan TH diumum Isnin - Mujahid

Mujahid Yusof Rawa.

PARIT BUNTAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa akan mengumumkan dapatan siasatan dalaman berkaitan isu penyelewengan Lembaga Tabung Haji (TH) Isnin ini.

Beliau berkata, pengumuman berkenaan yang antaranya berkaitan laporan kewangan TH 2017 yang didapati bercanggah seperti isu keuntungan, akan dibuat pada sidang media di Parlimen.

"Ini kita terpaksa dedahkan dan memberikan penjelasan dengan apa dapatan yang kami jumpa dalam Tabung Haji amat menyedihkan kerana ia melibatkan kepentingan Islam," katanya dalam sidang media selepas program Back To School di Mydin Mall di sini, Sabtu.

Pada majlis itu, seramai 200 murid di Parlimen Parit Buntar menerima bantuan beg sumbangan Mydin dan baucar pembelian pakaian seragam sekolah bernilai RM100 setiap seorang dari Pusat Khidmat Rakyat.

Mujahid yang juga Anggota Parlimen Parit Buntar berkata, pendedahan itu bukan bertujuan membalas dendam seperti yang didakwa pihak tertentu namun pihaknya bertanggungjawab memberi kefahaman kepada masyarakat berhubung isu tersebut.

Pada 30 November lalu, TH membuat dua laporan polis terhadap bekas pengerusi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas ketua pegawai eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta barisan pengurusan kanan.

Laporan pertama berhubung Program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017 apabila dana berjumlah RM22 juta disalurkan untuk aktiviti yang didakwa mempunyai kecenderungan politik manakala satu lagi laporan dibuat kerana menyembunyikan maklumat penting dan salah nyata membabitkan penjualan saham TH pada 2012. - Bernama

Tabung Haji, TH

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain