35 kedai di ‘Uptown’ Shah Alam musnah dijilat api

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran yang berlaku di 'Uptown' Shah Alam. - Foto Sinar Harian

SHAH ALAM: Sebanyak 35 kedai di bazar larut malam 'Uptown' Shah Alam di Seksyen 24 di sini, musnah dalam kebakaran pagi Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Penguasa Kanan Bomba I, Mohd Rizal Buang berkata seramai 39 anggota dari balai Shah Alam, Kota Anggerik dan Subang Jaya telah dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pukul 5.37 pagi.

"Ketika tiba di tempat kejadian api sedang marak namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana kami difahamkan operasi Uptown berakhir pada pukul 4 pagi.

"Sebanyak 28 buah kedai di blok pertama dan blok kedua terbakar 100 peratus manakala tujuh buah kedai di blok ketiga 50 peratus terbakar," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Menurut Mohd Rizal, kebakaran berjaya dikawal kira-kira 5.50 pagi.

Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Kebakaran ini merupakan insiden ketiga berlaku di Uptown Shah Alam selepas kali pertama berlaku pada 2014 membabitkan 196 kedai dan kali kedua membabitkan empat kedai pada 2016. - Bernama

Uptown

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain