suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib tanya, “RM1.50 satu liter minyak sudah ke mana?”

PETALING JAYA: "Apa terjadi kepada 'hari ini kita menang, esok harga petrol akan turun'?"

Itulah persoalan yang dilontarkan oleh bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Belanjawan 2019 dibentangkan di Parlimen pada petang Jumaat.

Ahli Parlimen Pekan itu dipercayai menujukan kenyataan tersebut kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng susulan pengumuman subsidi minyak bersasar kepada pemilik kenderaan berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

Melalui sebuah posting di Facebook, Najib memetik kenyataan Guan Eng: "Kerajaan akan mengapungkan semula harga petrol RON95 di pasaran berdasarkan Automatic Price Mechanism (APM)."

Beliau kemudian menulis: "RM1.50 satu liter sudah ke mana?"

Untuk rekod, PH menjanjikan 10 perkara yang terkandung dalam Buku Harapan sebagai manifesto untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Manifesto tersebut menjanjikan akan menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran kerajaan PH.

Buku Harapan itu juga tidak pernah menjanjikan untuk menurunkan harga minyak kepada RM1.50 seliter seperti yang didakwa.

Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bergelar ketua pembangkang pada 2013 dilaporkan pernah berjanji untuk menurunkan harga minyak dalam dua hari jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

Belanjawan 2019, Najib Razak

Artikel Sebelum

Artikel Lain