suria

Kereta, motosikal terpilih dapat subsidi minyak

PETALING JAYA: Seramai empat juta pemilik kereta atau 2.6 juta pemilik motosikal akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim subsidi minyak secara bersasar yang bakal diperkenalkan kerajaan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata subsidi berkenaan akan diberikan kepada pemilik kereta berkapasiti enjin 1,500cc ke bawah dan motosikal 125cc ke bawah.

"Kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal," katanya.

Tambah beliau lagi, pelaksanaan subsidi itu membabitkan peruntukan sebanyak RM2 bilion.

Kerajaan Pakatan Harapan yang menerajui negara ini susulan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu menunaikan janjinya untuk menstabilkan harga bahan api di pasaran tempatan dengan menanggung subsidi bagi mengekalkan harga runcit petrol dan diesel.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan memperuntukkan RM3 bilion sehingga hujung tahun ini bagi menanggung subsidi pengekalan harga runcit petrol dan diesel.

Lantaran itu, harga jualan runcit bagi produk petroleum RON95 dan diesel dikekalkan, masing-masing pada harga RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter.

Sementara harga RON97 diapungkan secara apungan terurus, sama seperti yang dilaksanakan pentadbiran terdahulu.

RON95, subsidi

Artikel Lain