suria

Netizen minta ambil tindakan! Janda rela dirogol 10 lelaki tak serik, tampil dengan video 'sosej' menjijikkan pula

Paparan skrin video Amiza yang tular di laman sosial menerima kecaman orang ramai sejak awal minggu ini.

PETALING JAYA: Seorang wanita yang pernah tular gara-gara meluahkan keinginan untuk dirogol 10 lelaki sekitar Mac lalu sekali lagi menjadi buah mulut netizen.

Menerusi video yang mula berlegar di media sosial sejak awal minggu ini, janda berusia 22 tahun itu memaparkan aksi tidak senonoh apabila menyamakan hidangan sosej dengan alat sulit lelaki.

Ketika dihubungi mStar Online, Siti Amiza Baharuddin mendakwa apa yang diperkatakan olehnya menerusi video itu adalah berdasarkan fakta dan pengalaman masa lalunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Janda ‘Rela Dirogol’ Mahu Dedah Identiti Lelaki Buat Gangguan Seksual

ARTIKEL BERKAITAN: Dicop Tidak Berakhlak, Janda ‘Rela Dirogol’ Didesak Mohon Maaf Semula

"Saya tak suka lelaki Melayu sebab pengalaman lepas, dalam video itu saya nak tunjuk yang mereka memang 'lemah'.

"Tapi saya cakap sesetengah sahaja, bukan semua. Kalau mereka terasa, maknanya benarlah apa yang saya cakap," ujarnya.

Menurut Amiza, dia pada mulanya sekadar memuat naik video itu ke laman Instagram sebelum ia ditularkan oleh netizen ke laman Facebook.

"Saya nak guna alat permainan seks tapi tak boleh, jadi saya gunakan sosej sahaja.

"Dalam video itu juga ada timbunan wang sebab saya nak tunjuk yang lelaki Melayu boleh dibeli dengan duit," jelasnya lagi.

Antara komen-komen netizen yang mengecam perlakuan Amiza.

Selain kecaman mengenai aksi tidak senonoh itu, dia juga dikatakan tidak menghormati imej wanita Muslim kerana menggayakan tudung dalam video tersebut.

Ketika videonya 'panas'nya tular sebelum ini, Amiza belum bertudung.

Mengulas mengenai perkara itu, Amiza berkata dia sekadar memaparkan dirinya yang sebenar dan tidak mahu menjadi seorang yang munafik.

"Sekurang-kurangnya saya buat depan-depan, daripada orang lain yang bertudung tapi check-in hotel, macam mana pula?" soalnya.

Pada Mac lalu, dia pernah membuat permohonan maaf susulan videonya yang mendapat kecaman ramai.

Namun, wanita yang mengusahakan perniagaan ubat kuat dan emas ini dilihat tidak serik apabila video baharu miliknya sekali lagi mencetuskan kontroversi dan disebar secara meluas oleh netizen.

Rata-rata pengguna media sosial turut menghentam aksi Amiza dan memohon mana-mana pihak bertanggungjawab supaya mengambil tindakan ke atasnya.

Siti Amiza Baharuddin

Artikel Lain