suria

Tular: Tiada bukti kes rogol budak enam tahun berlaku

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Siasatan polis terhadap pesanan yang tular mengenai kes budak perempuan enam tahun dirogol didapati tidak mempunyai bukti kukuh.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, sepasukan penyiasat dihantar je rumah kanak-kanak tersebut di Bukit Jalil selepas mereka menerima pesanan tersebut menerusi media sosial pada Selasa.

"Kami bertemu dengan budak itu, ibunya dan adik lelakinya berusia lima tahun.

"Budak perempuan itu dibawa ke hospital dan diperiksa, tapi tiada tanda-tanda serangan seksual berlaku," kata beliau dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, kenyataan diambil daripada beberapa saksi juga tidak menunjukkan kanak-kanak tersebut dirogol.

"Bagaimanapun, kami akan meneruskan siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol bagi memastikan kes ini disiasat secara menyeluruh.

"Jika sesiapa mempunyai maklumat berkaitan kes ini, tolong hubungi Inspektor Suhaili Mahad di 010-8313012, Asisten Supritendan Noraini Mohamad Noor di 011-37031878 atau ke balai polis dengan segera," kata beliau. - The Star

rogol

Artikel Lain