suria

Polis tunggu Musa Aman pulih sebelum disoal siasat

Musa Aman.

KOTA KINABALU: Polis memberitahu mereka akan memberi masa kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman untuk pulih terlebih dahulu sebelum merekodkan kenyataannya berhubung laporan ugutan jenayah yang dibuat oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

"Kita akan memberikannya masa untuk pulih, beliau telah dimasukkan ke hospital swasta (di Kuala Lumpur)," kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din.

"Ini bukan layanan istimewa... beliau tidak sihat. Ini di atas sebab kemanusiaan," katanya, namun enggan mengulas lanjut.

Musa yang pulang ke Malaysia pada petang Selasa menerusi jet peribadi dari Singapura, kini menjalani rawatan disebabkan penyakit yang tidak didedahkan, di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Beliau sebelum ini berada di England selama tiga bulan dan kali terakhir dilihat di Malaysia sejurus selepas pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.

Musa Aman

Artikel Sebelum

Artikel Lain